Berehat kejap dari biz internet
Baru balik dari gotong royong kat sekolah, letih jugak tapi bila sudah selesai kerja yang dibuat rasa seronok walaupun pada mulanya terasa berat untuk dilakukan.
Saya juga merasakan terpaksa berehat kejap dari menerima tempahan membuat website sebabnya kena tumpu pada praktikum yang sedang berjalan sekarang ni.
Kalau saya terus mengadap laptop ni habis le..tak terbuat RPH, BBM, Jurnal dan sebagainya untuk praktikum ini. Ala tak lama kan, 3 bulan jak…lepas ni boleh le nak sambung semula.
Semoga segala usaha saya dipermudahkan. Amin…
Sempat juga menyemak akaun yang saya handle dan untuk akhir bulan ni ramai yang dah dapat payment. Alhamdulillah la ye..dan kepada 2,3 orang yang dalam proses sekarang ni saya minta maaf sebab lambat sikit nak siapkan, tapi jangan risau saya tetap akan buat yang terbaik untuk anda cuma harapnya anda bersabar sikit..
Sekali lagi saya maklumkan saya sudah tidak menerima tempahan buat masa sekarang. Terima kasih kepada mereka yang dah guna servis saya.
Terima Kasih
Haris
Petrajaya, Sarawak
Selamat tinggal 2009 dan selamat datang 2010
Tahun 2009 banyak meninggalkan kenangan kepada kita semua, bagi saya juga terdapat perkara-perkara yang mencabar dan yang meninggalkan memori yang tidak dapat dilupakan.
Bermula dengan post pertama berkaitan Text Link Ads menjadikan saya lebih bersemangat dalam meneroka dunia cari duit online dan sekarang boleh juga berbangga dengan pendapatan dari TLA ini.
Dan tanpa saya duga saya ditempatkan di Sarawak untuk mengikuti KPLI -jQAF Ambilan Januari 2009. Dengan berbekalkan semangat untuk menjadi pendidik yang bersifat murabbi saya gagahi kaki untuk datang ke sini.
Ebay juga pernah menjadi tempat mencari pengalaman berniaga, daripada teknik Sifu Lan saya berjaya juga menghasilkan jualan tetapi saya tiada masa untuk design mendesign item itu yang membuatkan saya tidak fokus pada Ebay.
Tempat latihan pertama di Miri juga betul-betul menggamit memori kerana di sana dapat berjumpa dengan kumpulan mereka yang sehaluan dengan saya dari segi fikrah dan juga teman cari duit online..terkejut Faizul bila dia nampak saya curi-curi buka akaun Adsense di makmal komputer. Dia tak sangka dapat berjumpa dengan otai dan sifu orang yang sama minat dengan dia
Tak lama di Miri dapat pula pindah ke Kuching, walaupun happy dengan berita ini tetapi jauh di sudut hati selepas 5 bulan di sini terasa lebih baik berada kat Miri dari Kuching ini. Bukan untuk menyatakan kekesalan tetapi mungkin memori di Miri tidak dapat dilupakan lagi.
Dalam pada itu masih lagi sempat berdansa berAdsense walaupun kalut ke sana ke mari dan dalam bulan 8 saya telah dihubungi oleh pembaca blog yang mahukan khidmat dari saya, dari situ tercetus untuk memberikan khidmat saya ini walaupun saya tahu, saya bukanlah pakar dalam Adsense, sekadar untuk membantu newbie merasa duit Adsense.
Dalam masa 5-6 bulan menawarkan khidmat ini ada juga ujian yang menimpa, antaranya seorang customer minta saya buat dulu web dan promote dan berjanji nak bayar lepas siap semua tetapi hampeh lepas siap masih tak bayar juga, saya terfikir nak delete semua web tersebut tetapi mujur dia cepat bayar, tu pun selepas 3 bulan.
Seorang kawan pula suruh buat 10 web untuk dia dan promote, ok lagi mula-mula tu masih lagi bayar upah promote tapi bulan kedua hanya bagi modal je tetapi upah tiada, saya senyap je sebab kawan punya pasal tapi untuk bulan ketiga juga hanya bagi modal je, hai kalau macam ni tokei balak bankrap..huhu
Tu la kisah kawan-kawan, ada yang membantu dan ada yang menghantu. Dalam saya membuka servis ini rasanya hampir 20 orang telah menggunakan servis saya dan berjaya, saya bercadang untuk mengeluarkan report case study customer saya ini ( erm..idea tahun baru ni )
Tidak lupa juga saya dihujani SMS dan emel yang bertanyakan servis saya, ada juga newbie yang tidak tahu apa-apa pasal Adsense yang bertanyakan soalan yang saya sendiri malas nak jawab tapi kita kena layan juga.
Di sekolah untuk tahun baru ini dapat berjumpa dengan Cikgu yang baru pindah sini yang terjumpa blog saya ketika googling di internet dan yang menariknya dia juga mengetahui berkaitan Adsense dan berminat dengan servis saya. Boleh jadi rakan borak Adsense ketika free period kat sekolah..hoho!
Tetapi tahun 2010 ini saya tidak tahu dapat menumpukan pada servis ini lagi atau tidak disebabkan saya akan mula praktikum pada 18 Januari 2010, mungkin saya akan perlahankan sikit kerja online dan fokus kepada praktikum untuk 3 bulan ini..ye le kan masih belajar lagi sekarang..haha
Kongsi Earning Proof
Wah lama tak kemaskini blog ini, saya sekarang sedang mengikuti Interaksi November Disember untuk kursus perguruan di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Batu Lintang. Banyak betul tugasan yang kena siapkan.
Dalam pada itu ada yang bertanya mengenai bukti kepada perkhidmatan yang saya tawarkan.
Jadi untuk memenuhi permintaan pembaca untuk melihat proof project Adsense saya, saya paparkan di sini sebahagian akaun yang saya handle. Saya bukan lah hendak menunjuk-nunjuk dengan income yang ciput ini tapi sekadar berkongsi dan mengukuhkan project saya.
Pindah duit PayPal ke local bank
Sambil-sambil tunggu perlawanan bola akhir Piala Malaysia malam ini saya nak kongsi kepada pembaca blog bagaimana mahu pindahkan duit PayPal ke akaun bank tempatan.
Saya telah menerima payment dari customer yang membayar melalui Paypal dalam matawang Malaysia dan kali ini rasanya nak cuba withdraw pakai local bank.
Saya menerima RM 350 dari salah seorang customer tapi selepas fee dari paypal saya hanya dapat RM 336.10 maknanya RM 13.90 paypal charge.
Dan untuk withdraw ke akaun bank kita RM 3 lagi fee yang dikenakan kepada kita, tapi kalau RM 400 ke atas tiada fee dikenakan.
Saya mengeluarkan semua duit RM tersebut dan selepas 3 hari terus masuk akaun Maybank saya.Kena masukkan Meps Bank Routing Code ( Swift Code ) untuk bank kita tu contohnya kalau Maybank MBBEMYKL
Affin Bank Berhad = PHBMMYKL
Alliance Bank Berhad = MFBBMYKL
Ambank Berhad = ARBKMYKL
Bank Simpanan Nasional = BSNAMYKL
CIMB Bank Berhad = CIBBMYKL
Citibank Berhad Malaysia = CITIMYKL
Hong Kong Bank Malaysia Berhad = HBMBMYKL
Hong Leong Bank Berhad = HLBBMYKL
Malayan Banking Berhad = MBBEMYKL
OCBC Bank Berhad = OCBCMYKL
Public Bank Berhad = PBBEMYKL
RHB Bank Berhad = RHBBMYKL
Standard Chartered Bank Malaysia Berhad = SCBLMYKL
United Overseas Bank Berhad = UOVBMYKL
Jumlah yang berada ditangan adalah RM 333. RM 17 paypal ‘makan’ duit kita dari RM 350 yang dapat dari customer.
Kelantan jumpa Negeri Sembilan Final Piala Malaysia 2009
Tahniah kepada pasukan bolasepak Kelantan berjaya ke final Piala Malaysia 2009. Setelah 39 tahun menanti yang pada kali terakhir pada tahun 1970 tewas kepada Perak 0-2. Ternyata gabungan pemain kali ini telah membuahkan hasil yang membanggakan.
Manakala Negeri Sembilan ini adalah kali ketiga sejak tahun 2000 tewas kepada Perak 0-2, pada tahun 2006 Perlis menggagalkan impian Negeri Sembilan 2-1.
Dalam Liga Super sebelum ini Kelantan menewaskan Kedah 2-1 di Stadium Darul Aman pada 4 April 2009 lalu.
Manakala Piala FA 2009 yang berlangsung, Kelantan telah menewaskan Negeri Sembilan di peringkat separuh akhir 2-1 untuk mara ke perlawanan akhir Piala FA tetapi tumpas kepada Selangor yang menang dengan sepakan penalti 4-1 setelah kedudukan terikat 1-1.
Sama-sama kita nantikan perlawanan akhir antara Kelantan dan Negeri Sembilan di Stadium Bukit Jalil pada 7 November 2009 ini.
Gomo Kelate Gomo!
——————————–
Adsense Hint :
Setelah 2 bulan menunggu baru lah Cik percaya yang internet boleh buat duit
Miliki Kad Kredit Maya dengan EntroPay.com
Salah satu tool yang patut diketahui oleh internet marketer ialah cara mudah untuk mencipta kad debit maya. Kewujudan EntroPay.com membolehkan kita mencipta kad kredit/debit maya dengan senang sekali.
Dengan menggunakan servis ini anda boleh create seberapa banyak kad kredit maya atau virtual credit card @ VCC.
Banyak kelebihan VCC ini antaranya :
- Untuk mendaftar eBay
- Untuk mendaftar Paypal
- Untuk mendaftar Adwords
- Untuk mendaftar YSM
- Untuk mendaftar Facebook Ads
- Boleh membeli belah secara online
- Boleh juga untuk menerima payment dari orang lain dan sebagainya
Dan yang paling saya suka adalah maklumat kita semasa menggunakan VCC ini tidak akan diketahui oleh orang lain.
Sila explore web EntroPay.com untuk mengetahui maklumat lanjut lagi.
Duit internet bukan mudah walaupun senang!
Mungkin sesetengah mereka di luar sana menganggap cari duit melalui internet adalah semudah hanya membeli sebuah ebook dan belajar dengan sifu 2,3 jam terus bercita-cita untuk mendapatkan ratusan dolar dalam masa seminggu.
Walhal sebenarnya bagi yang baru mengenali dunia internet masih jauh lagi perjalanan untuk merealisasikan cita-cita yang dikehendaki.
Tanya lah kepada semua sifu dan otai internet mereka semua bukan melalui jalan mudah untuk berjaya seperti sekarang. Jalan yang mereka lalui kadang-kadang memeritkan dengan kerugian wang dan masa tetapi di sana terdapat satu semangat untuk terus berusaha keluar dari zon tersebut.
Dengan kegagalan yang dihadapi ditukar dengan kegigihan untuk berjaya akan menjadikan kita semua tidak mudah berputus asa jika berlaku perkara yang bukan kita inginkan.
Semasa balik beraya baru ini saya sempat berjumpa dengan seorang kawan yang inginkan khidmat dari saya dan saya telah memberikan apa yang sepatutnya saya jelaskan kepada beliau tetapi saya ingin sebut untuk berjaya dalam dunia internet kita tidak boleh bergantung kepada orang lain semata-mata tetapi memerlukan usaha kita sendiri untuk berjaya.
Kalau semua perkara perlu diberitahu rasanya anda mungkin tidak mampu pergi lebih jauh. Berbeza dengan mereka yang rajin mencari dan memikirkan semula apa yang telah diketahui.
Saya sendiri pun bukanlah menumpukan kepada satu sumber seperti Adsense semata-mata tetapi berusaha juga mempelajari cara lain seperti Ebay, Affilliate dan sebagainya dalam usaha mempelbagaikan sumber pendapatan.
Apa yang saya sebut untuk memotivasikan diri sendiri supaya berusaha lebih gigih lagi untuk mencapai cita-cita yang diinginkan.
Berkaitan dengan servis yang saya tawarkan, saya menawarkan kepada mereka yang berminat sahaja untuk menolong khususnya newbie untuk menjana duit online, jika setelah mendapatkan khidmat saya dan timbul masalah dalam mempromosikan web tersebut saya akan bantu setakat termampu dan untuk yang menggunakan khidmat saya untuk memperomosikan web ini saya hanya memberikan khidmat sekali sahaja bukannya setelah habis kredit diminta lagi saya mempromosikan..fuh letih….tapi kadang-kadang terlintas untuk menolong saya akan tolong setakat mampu.
Risiko di ban ? Saya tidak mengatakan apa yang saya sediakan ini akan mengelakkan anda dari kena ban tapi anda kena berani menghadapi risiko dan jangan pula menghantukkan kepala putus asa kalau dah terkena.
Apa pun jika pandai menjaga akaun dan tidak tamak saya rasa tiada masalah cara ini.
———————–
Antara customer yang telah menggunakan khidmat saya :


























