Identiti apa ye yang sesuai untuk blog aku ini??
- 0 Comments
Aku tidak tahu apakah identiti yang aku nak tonjolkan dalam blog aku ini, nak cerita pasal diari perjalanan hidup rasanya aku tidak akan mampu untuk istiqamah, nak mengulas isu semasa pun sudah ramai orang yang menerokainya, nak cerita kehidupan di Mesir ini pun aku tidak berminat sangat, nak mengarang cerpen pun aku tidaklah pandai sangat tapi aku sebenarnya lebih berminat untuk berpijak dibumi yang nyata dimana selepas ini aku akan pulang ke Malaysia memikul tanggungjawab yang berat.Dalam keadaan baru sahaja menempuh alam rumah tangga, aku sebenarnya dalam proses untuk mempertingkatkan keadaan diri aku supaya menjadi lebih baik dari sebelum ini, keupayaan untuk memimpin, bercakap di khalayak ramai dan berorganisasi sememangnya aset penting untuk aku berhadapan dengan cabaran di negara kelak. Aku merasakan setelah berumah tangga keadaan aku sudah banyak yang berubah, aku tau keputusan aku ini menimbulkan perasaan yang tidak senang di kalangan keluarga tetapi aku sebenarnya bersyukur kepada Yang Maha Esa dimana keputusan yang aku buat ini telah menimbulkan keyakinan yang cukup mendalam kepadaNya dalam menghadapi cabaran dan ujian yang diduga. Aku tidak pernah merasakan pergantungan aku kepada Allah dengan sebenar-benarnya.
Dalam aspek yang positif aku sebenarnya sedang belajar untuk berhadapan dengan mehnah yang akan aku terima bila berhadapan dengan mereka yang menghalang perjuangan yang akan aku pertahankan di bumi Malaysia untuk menegakkan kebenaran, walaupun jauh disudut hati aku masih lagi risaukan keadaan diri aku ini tapi keyakinan aku kepada Allah tidak mampu menghalang aku untuk terus berjuang, ya BERJUANG…berjuang untuk meningkatkan hidup, berjuang untuk menghadapi mereka yang membenci kebenaran, berjuang segalanya.
