Jenuhnya bermain dengan kod-kod

12:04 am Rencah Kehidupan

Aku sebenarnya sudah lama berminat untuk mendalami ilmu mereka bentuk laman web, semasa di KIAS lagi aku sudah berkeinginan untuk berjinak-jinak dengan laman web tapi apakan daya pada masa itu aku hanya budak hingusan lagi. Aku kagum dengan seorang budak KIAS tu, dia seorang yang boleh dikatakan agak popular dengan bakat bercakap dikhalayak ramai, walaupun sibuk dengan urusan seharian dia masih lagi mampu untuk mengadap komputer mencipta laman web sendiri, memang aku salute le kat dia ni sebab dia pandai menggunakan teknologi untuk keberkesanannya dalam penyampaian dakwah.Aku mengenali blog ini sekitar bulan 1 tahun lepas lagi, pada masa itu aku sudah boleh mengedit sikit sebanyak berkaitan laman blog ini tapi sebab pada masa yang sama aku sibuk memikirkan urusan pernikahan aku membuatkan aku tidak sempat untuk menumpukan sepenuh masa dalam mengedit, masa aku banyak dihabiskan untuk menyelesaikan urusan kahwinku, maklumlah aku kahwin kat Mesir ni bukannya ada mak ayah yang boleh membantu semuanya aku yang uruskan. Memang kalut dan sibuk sangat aku masa tu, ini pun mujur dibantu oleh sahabat-sahabiah sekelas aku. Kalau nak harapkan aku seorang buat kerja memang tak tertanggung aku-terima kasih sahabatku- itupun selepas kenduri masih ada sahabat aku yang terasa hati dengan aku disebabkan aku tidak sempat memberitahu bila majlis akad nikah aku, nak buat macamana memang aku tidak ingat langsung bukannya aku sengaja tidak memberitahunya.

Berbalik kepada titik perkenalan aku dengan blog ini, Ariri Tanta lah yang memperkenalkan aku denagn dunia blog ini sehinggakan aku sanggup menghabiskan masa berjam-jam dalam cuber cafe untuk mengedit blog aku ini. Tapi dia bukannya mengajarkan aku semua yang berkaitan melainkan aku sendiri yang memandai untuk mencuba dan terus mencuba.

Bagi aku, mereka yang berkebolehan dalam mereka bentuk laman web ini mempunyai peluang cerah dalam kerjaya, aku mendapat maklumat orang yang pandai mereka bentuk laman web ini akan diupah oleh syarikat tertentu untuk mereka laman web syarikatnya. Walaupun apa yang aku buat ini dalam bentuk blog tapi ianya hampir menyamai laman web yang besar-besar.

Tapi..hendak sampai tahap itu kena duduk mengadap komputer sekurang-kurang 5 jam sehari(bagi aku) untuk memahami kod-kod html dan lain-lainnya. Agak-agaknya mampukah aku bertahan dan tidak jenuhkah aku bermain dengan kod-kod ini??

Random Posts

Leave a Comment

Your comment

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.