Masalah boleh dihadapi

2:08 am Rencah Kehidupan


Sekarang ini musim bagi persatuan dan dewan perwakilan mahasiswa anak Melayu seluruh Mesir bermesyuarat agung dan bermuktamar untuk membincangkan perkara-perkara yang berbangkit dan perlantikan Ahli Jawatankuasa Tadbir yang baru.

Aku sempat mengikuti mesyuarat yang berlangsung di Tanta baru-baru ini dan terlepas peluang untuk menyaksikan perbahasan dan pengumuman perlantikan baru di Mansurah kerana tarikh berlangsungnya mesyuarat ini bertembung, aku memilih untuk ke Tanta kerana di situ adalah ‘tempat tinggal’ aku yang asal, aku tidak boleh mengenepikan kampung halaman aku itu kerana di situlah tempat aku mula-mula bermukim setelah di tauzik sedangkan Mansurah ini adalah tempat kedua aku setelah aku mengambil keputusan untuk berumah tangga.

Kalau hendak diikutkan aku memang suka tinggal di Tanta kerana sahabat handai yang masih lagi ramai di samping jarak antara Tanta dengan Kaherah tidaklah jauh sangat berbanding dengan Mansurah ini tapi aku terima ketentuan Allah yang telah merancang supaya aku menjadi warga Mansurah-aku percaya disebalik ini terdapat hikmah yang tersembunyi-yang baru. Di samping ditemani isteri tercinta, aku juga bertemankan ‘maktabah dan wahyu online’ yang bersambung ke seluruh dunia melalui Waleed Net yang aku kira sebagai sumber maklumat yang hebat di samping Al-Quran dan Hadis Nabi.

Kalau sebelum berkahwin masalah berkaitan dengan dimanakah aku hendak transit bila ke Kaherah tidak menimbulkan kecelaruan diminda aku ini tetapi sekarang ini aku terpaksa memikirkan dengan sebaik-baiknya berkaitan masalah ini. Di Kaherah sekarang ini sahabat-sahabat yang lain sibuk mengatur perjalanan muktamar sanawi Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir yang akan berlangsung pada 19 dan 20/9/06 ini sedangkan aku di sini masih lagi memikirkan masalah aku ini. Aku tidak boleh melepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri perjalanan muktamar ini kerana inilah yang akan aku bawa balik ke Malaysia untuk bergerak aktif dengan persatuan atau organisasi yang akan aku tempuhi, kalau aku tidak mengetahui selok belok muktamar khususnya untuk anak-anak negeri susah untuk aku berdepan dengan masyarakat kelak.

Tambahan pula aku mendapat maklumat yang sahabiah sekelas aku dulu akan naik untuk bersama-sama barisan AJKT yang lain untuk menerajui persatuan ini, aku mesti hadir untuk memberi sokongan kepadanya dan jauh disudut hati aku ingin mengucapkan alfun mabruk kepadanya, semoga dapat mengutip pengalaman yang berharga untuk digunakan di Malaysia nanti.

Masalah aku ini bukanlah besar dibandingkan dengan masalah yang akan dihadapi oleh pimpinan baru untuk meneruskan kesinambungan perjuangan orang lama dalam memastikan agama Islam terpelihara dan terjaga di setiap masa dan ketika.

Random Posts

Leave a Comment

Your comment

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.