Anggaplah ianya baru bermula
September 21, 2006 11:02 pm Rencah KehidupanSetelah hampir 4 hari aku meninggalkan meja dekstop ini aku kembali ke baiti jannati untuk menyambung semula tugas aku yang terbengkalai beberapa hari-meneroka alam maya-, dengan keadaan masih lagi letih dan mengantuk dek digoncang dan dihayun oleh utubis aku gagahi juga untuk mencoret kenangan yang aku dapat di Kaherah.Perkara utama yang ingin aku lakarkan di sini adalah berkaitan muktamar Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir yang mana aku rasakan inilah mutamar yang mencabar kewibawaan aku, disebabkan aku tidak langsung bangun untuk menyuarakan pendapat, pandangan dan memberikan kritikan kepada exco sessi lepas.
Dalam hati aku ini memang tersangat ingin bangun untuk bersama-sama yang lain dalam memperbetulkan kesilapan KPKM untuk diperbaiki tetapi ketiadaan nombor KPKM telah membuatkan aku tidak berkuasa untuk berdiri menyuarakan pandangan bernas. Nasib malang yang menimpa aku dan sahabat aku di Tanta-Wan Hadiyuddin- ini telah menyekat kebebasan aku, entah kenapa aku dan dia tercicir dalam pengetahuan Setiausaha Agung.
Mendengar sahabat-sahabat lain berhujah dan menyuarakan pendapat membuatkan hati aku bertambah keinginan untuk bersama-sama mereka, sekali fikir aku sebenarnya boleh terus bangun walaupun tidak diberi keizinan oleh timbalan pengerusi muktamar yang aku rasakan tidak mesra ahli tetapi masalah tadi membuatkan aku tidak mampu untuk meneruskan hasrat tersebut. Aku sebenarnya sebelum muktamar lagi aku sudah merancang untuk bersama-sama yang lain bermuktmar dalam erti kata mengambil bahagian dalam perbahasan bukannya hanya duduk sahaja tasmi’ mendengar apa sahaja yang diperkatakan orang lain.
Walau apapun yang berlaku, sebenarnya apa yang aku dapat dalam muktamar ini telah membuka minda aku berkaitan perjalanan muktamar dari mula sampai akhir. Pengalaman inilah aku kena tambah sedikit demi sedikit untuk mematangkan pemikiran aku berkaitan berorganisasi dalam pelbagai masyarakat.
Pengalaman menjadi pimpinan yang akan dirasa sahabiah kelas aku dulu-Raja Zuraidah, Wan Suhadariah, Zainab-pastilah menjadi sesuatu yang berguna buat mereka untuk diguna pakai kelak itupun kalau mereka masih mahu bergiat cergas. Jangan pula kita hebat disini tetapi terus muram bila balik ke tanahair.
Janganlah aku berduka dan sedih kerana hari ini mungkin aku merasakn diri aku terletak dibawah sekali tetapi aku hendaklah terus bersemangat dan menganggap ini adalah permulaan titik tolak kejayaan aku.


