ALFUN SYUKRAN UNTUK SAHABAT
Alfun syukran untuk sahabat-Tawel Sensei-yang sudi menolong membuat dan memasukkan banner untuk blog saya ini. Pada mulanya saya tidak berharap sangat yang dia akan menolong tapi jangkaan saya meleset bila dia on the sport membalas emel dan menyatakan kesudiannya membantu saya-yang masih lagi baru menjejakkan kaki ke dunia blog-mencantikkan pandangan mata untuk menatap blog ini.
Benarlah firman Allah S.W.T yang menyatakan “Sesungguhnya orang-orang beriman merupakan bersaudara”. Walaupun tidak pernah mengenali antara satu sama lain tetapi ikatan ukhuwwah sebagai selaku hamba Allah S.W.T tidak boleh menghalang diri kita daripada menolong saudara kita seagama yang memerlukan bantuan.
Apatah lagi sifat tolong menolong dalam membuat kebaikan amatlah dititik beratkan oleh Allah S.W.T kepada hambaNya untuk kelangsungan hidup umat manusia menuju mardhatillah. Sifat kesudian membantu saudara yang di dalam kesusahan hendaklah kita garapkan dalam lubuk hati kita supaya ikatan akidah yang telah kita simpulkan akan tetap utuh selamanya.
Melihatkan banner yang telah dicadangkan oleh saudara Tawel ini membuat hati saya tertarik dan tersentuh disebabkan sebahagian perkara yang saya cari dan inginkan telah tercapai maksudnya. Jika kita perhatikan sirah junjungan besar Nabi kita Muhammad S.A.W, baginda merupakan seorang pengembala kambing dizaman remajanya. Baginda mula bertungkus lumus mencari rezeki dan menyinsing lengan mencari rezeki halal, seharian menternak kambing. Rasulullah S.A.W pernah menceritakan yang bererti “Dahulu aku pernak menternak kambing penduduk Mekah dengan upahnya beberapa karat sahaja”(riwayat Al-Bukhari).
Jundullah sememangnya mempunyai sifat untuk berdikari sendiri tanpa mengharapkan bantuan dan pergantungan dengan orang lain. Sifat yang meminta-minta dan menadah tangan untuk diberikan habuan akan melemahkannya seterusnya menyebabkannya futur dalam perjuangan yang disemai sekian lama.
Matlamat dan harapan saya selepas ini adalah untuk terus bersama-sama yang lain dalam memenuhi alam maya dengan coretan yang boleh membawa manusia memikirkan kembali hadaf yang utama kita diutuskan ke alam fana ini. Terima kasih sekali lagi kepada saudara ‘Tawel Sensei’ kerana berjaya menambah saham akhirat pada bulan yang berkat ini dengan kesudian membantu saya.



Comments (1)
Tawel-Sensei
October 2nd, 2006 at 1:21 am
Assalamualaikum encik Zubaral Hadid. Takde apa2 sgt yg saya tolong tu. Perkara kecik aje..dan taklah sesusah mana. Ok, apapun, seperti yg diminta, saya dah letak alamat blog dalam banner tu.
Wassalam.
Leave a reply