Oct 17 2006

Alhamdulillah dapat rezeki

___________________________________

Alhamdulillah Ya Allah di bulan yang penuh keberkatan ini Engkau telah memberi busyra untuk kami, InsyaAllah kami akan jaga amanah yang Engkau berikan kepada kami sebaik-baiknya

“Rabbana hab lana min ladunka zurriyyatan tyoyyibatan waj’alna muqimas solat wa min zurriyyatina innaka sami’un du’a”
“Rabbana hab lana min azwajina wa zurriyatina qurratul a’yun waj’alna lilmuttaqin imaama”

____________________________________

Dari minggu lepas lagi zaujah sudah tidak berapa sihat..asyik muntah dan letih badan je…saya dah dapat agak yang kami akan dikurniakan rezeki. Kelmarin dulu(15/10/06) sekali lagi kami pergi berjumpa dengan Doktoroh Sofa-yang sudah biasa dengan bebudak Malizi-untuk memeriksa zaujah. Alfun mabruk itulah ucapan yang keluar dari mulut Doktoroh mengesahkan lagi sangkaan saya.Alhamdulillah ya Allah Engkau telah memberi busyra kepada kami dalam bulan yang penuh keberkatan ini.

Jangkaan zaujah akan melahirkan anak sulong kami ini dalam akhir bulan 5 ataupun awal bulan 6, fatrah tersebut sebenarnya masih lagi dalam imtihan faslu thani tapi kami berharap biarlah kami selesai menduduki imtihan sebelum menjengahnya cahaya mata sulong kami ke alam dunia untuk menghadapi ujian dan cabaran yang telah tersurat.

Selepas ni nak kena berhati-hati jaga zaujah nanti apa2 terjadi susah le..Dipenghujung Ramadhan ini apa yang kami harapkan Allah S.W.T menguatkan semangat kami dalam bidayah fatrah penerimaan orang baru ni…Dan semoga Allah S.W.T menjadikan penyeri hidup kami ini salah seorang dari penegak agamaNya…

p/s: dalam proses menghadamkan kitab ‘Tarbiatul Awlad’ karangan Dr. Abdullah Nasih Ulwan

Related Posts with Thumbnails

LEAVE A COMMENT

Subscribe Form

Subscribe to Blog

Spam Protection by WP-SpamFree