Imtihan Qabul : Rancangan yang tersusun rapi

12:37 am Isu Semasa

Artikel ini ditulis pada tahun lepas yang mana kali pertama diadakan imtihan qabul untuk pelajar muadalah ke Mesir. Sempena fatrah pentauzikan pelajar muadalah ke muhafazah masing-masing sekarang ini saya ingin berkongsi apa yang terpendam.
======================================

Seluruh pelajar yang akan menyambungkan pengajian dalam bidang agama ke Mesir melalui perjanjian persefahaman diantara intitusi pengajian di Malaysia dengan pihak Al-Azhar gempar dengan imtihan qabul -ujian kemasukan- yang dibuat oleh pihak tertentu. Sebelum ini hanyalah mereka yang akan menyambung pengajian ke peringkat Master sahaja yang diwajibkan menduduki imtihan ini. Dalam pemerhatian yang dibuat imtihan ini hanyalah salah satu rancangan pihak tertentu untuk menyekat pelajar-pelajar yang ingin menyambungkan pengajian ke bumi Mesir.Imtihan ini telah pun berjaya dilaksanakan pada 20/10/2005 di Kuliah Tarbiah, Kaherah walaupun terpaksa ditunda. Dalam pertemuan diantara pelajar dengan pihak Azhar dan kedutaan di Dewan Saleh Kamil pada 9/10/2005 sebelum imtihan diadakan banyak ditekankan kepada penggunaan bahasa Arab yang lemah -mengikut pandangan mereka- dikalangan Azahari. Perkara lain yang ditekankan adalah mengenai ramainya pelajar Malaysia yang tersangkut terpaksa mengambil masa yang lama untuk menghabiskan pelajaran di Azhar disebabkan tidak fasih berbahasa Arab. Adakah ini alasan yang konkrit untuk mengadakan imtihan ini?Banyak ura-ura didengar sebelum imtihan diadakan, antaranya bagi mereka yang tidak berjaya dalam imtihan ini akan dimasukkan ke Maahad untuk belajar bahasa Arab sebelum diterima masuk ke Al-Azhar. Pihak kedutaan juga mengatakan hanya soalan yang berkaitan dengan Bahasa Arab-nahu- sahaja akan ditanya tetapi perkara sebaliknya berlaku.
Dalam imtihan tersebut tiada langsung soalan yang berkaitan Bahasa Arab tetapi hanya berkaitan dengan bidang yang diambil pelajar. Apa yang mengejutkan ada soalan yang memang pelajar tidak pernah mempelajarinya. Beginilah permainan yang dibuat oleh pihak tertentu. Selepas natijah diumumkan hanya segelintir pelajar yang berjaya memenuhi kehendak mereka dan yang lain terpaksa turun tahun berdasarkan perjanjian dengan Azhar. Jika perjanjian ke sini untuk tahun 4 akan ke tahun 3 dan bagi institusi yang mengadakan perjanjian dengan kemasukan ke tahun 3 akan turun ke tahun 2.

Dalam masa menunggu untuk dihantar ke tempat cawangan Azhar yang diminta oleh pelajar ada yang sudah tidak bersemangat untuk belajar. Rata-rata mengatakan bahawa mereka telah dianiaya dan ada yang mempunyai niat untuk pulang semula ke Malaysia (sekarang ada yang telah pulang ke Malaysia). Begitu hebat dugaan bagi mereka yang ingin mendalami ilmu agama di bumi Anbiya ini. Imtihan faslu awwal yang baru sahaja berlalu mencoretkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kerana terpaksa menghadapi peperiksaan dalam keadaan tertekan memandangkan masa yang terlalu singkat untuk menelaah pelajaran di samping tidak sempat untuk ke kuliah. Bagi semua hanya tawakkal dan berserah kepada Allah S.W.T sahaja yang mampu menenangkan perasaan.

Perkembangan terbaru di Malaysia berkaitan imtahan qabul ini, telah menunjukkan tanda-tanda negatif yang mana ada institusi yang sedang berusaha untuk membuat persefahaman dengan IPTA/IPTS di Malaysia untuk pelajarnya menyambungkan pengajian mereka. Jika ini berlaku akan tercapailah impian dan matlamat golongan yang memang tidak sukakan pelajar menyambung pengajian ke bumi Mesir serta dapat menyekat penghijrahan pelajar ke sini. Lebih menyedihkan mungkin disatu masa nanti tiada lagi anak Malaysia yang akan ke sini mendalami ilmu agama dengan syeik-syeik dan ulama’-ulama’ mu’tabar yang bertaburan di bumi Anbiya ini dan mungkin juga nama “Mesir” sudah tiada lagi dalam minda anak-anak Melayu untuk meneruskan perjuangan penggalian ilmu di bumi Allah S.W.T mengkaderkan para Anbiya ini.

______________________________________________

Sekarang telah terbukti dengan jumlah kehadiran pelajar muadalah ke Mesir yang sedikit berbanding sebelum ini. Kalau dilihat kepada pelajar muadalah dari rata-rata institusi hampir separuh yang sanggup datang ke sini meneruskan cita-cita pencarian ilmu berbanding dengan tahun lepas. Ternyata rancangan pihak tertentu telah berjaya merosotkan bilangan pelajar dan tidak mustahil tahun-tahun hadapan jumlah pelajar muadalah akan terus berkurangan.

Random Posts

Leave a Comment

Your comment

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.