Mau’id dengan doktor

9:01 pm Rencah Kehidupan

Hari ini pergi jumpa Doktoroh Sofa dirumahnya. Macam biasa doktor memeriksa zaujah yang sudah pun hampir 2 bulan 10 hari usia kandungan anak sulung kami. Kami menghantar natijah tahlil dam untuknya dan memang terbukti positif mengandung kata doktor. Dia menasihati supaya kerap memakan buah-buahan dan meminum air susu untuk menyihatkan tubuh dan bayi dalam kandungan.Selepas ini doktor meminta kami datang sebulan sekali untuk memeriksa kandungan. Doktor Sofa ni tidaklah mempunyai peralatan canggih seperti hospital sebab dia buat pemeriksaan ini kat rumah dia tapi boleh dikatakan hampir kesemua orang yang dah ada anak di sini akan berjumpa dengannya dari awal mengandung sampailah bersalin. Layanan yang diberikan olehnya amat memuaskan hati dan dia tidaklah kasar dalam menguruskan masalah ini.

InsyaAllah selepas ini kami diberi ketabahan dalam memikul tanggungjawab sebagai ayah dan ibu kepada anak sulung kami ini dan menjadikan kami matang dalam memahami selok belok dunia dan tipudayanya serta kenikmatan yang ada padanya.

Random Posts

Leave a Comment

Your comment

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.