Masalah penubuhan chapter pelajar perubatan

12:13 am Rencah Kehidupan

Dewan perwakilan mahasiswa mansurah heboh pasal penubuhan ‘chapter’ yang akan dilaksanakan oleh persatuan perubatan. Masalah ini timbul apabila ramainya pelajar-pelajar tahun satu kursus perubatan yang tidak berpuashati dengan tindakan pihak atasan yang ingin menubuhkan chapter di sini.Chapter ini sebenarnya adalah ‘anak’ di bawah persatuan perubatan induk Kaherah tetapi perlaksanaan tidak mengikut syura di antara kesemua ahli yang dirasakan sebagai tindakan monopoli oleh persatuan induk dengan melantik ajk dikalangan ahlinya sahaja yang dianggap sebagai pemecah ukuwwah dikalangan pelajar perubatan dan kuliah di sini.

Kesemua pelajar perubatan yang berada di sini tidak mahu ianya dijalankan sekarang dan minta ditangguh dahulu serta diperbincangkan diperingkat akar umbi sebelum dilancarkan chapter ini. Bagi mereka hak untuk bersuara perlu diberi kepada mereka kerana ini akan melibatkan masalah besar kepada pelajar perubatan dan kuliah pada masa akan datang.

Perlaksanaan chapter di sini berbeza dengan Tanta dan Iskandariah serta tempat lain kerana waqie’ di sini berbeza dengan yang tersebut. Jika di Tanta bilangan pelajar perubatan tidak begitu ramai yang hanya diuruskan oleh DPMT sendiri disamping dibantu oleh pelajar senior perubatan dan di Iskandariah pelajar perubatan ini kesemuanya urusan mereka diuruskan oleh mereka sendiri disebabkan bilangan yang ramai dan jauh dengan kawasan penempatan pelajar kuliah. Tetapi keadaan di sini berbeza kerana kesemua urusan yang melibatkan pentauzikan pelajar, pencarian rumah sewa dan khidmat musyrif kesemuanya diuruskan oleh DPMM jadi tidak relevan bagi mereka jika ditubuhkan chapter ini dengan membelakangi DPMM disamping tidak langsung mahu mendengar suara ahli-ahlinya.

Sebenarnya bagi saya penubuhan chapter ini sebenarnya amat tepat dan bersesuaian dengan jumlah pelajar perubatan yang semakin membanjiri di sini kerana disebabkan aliran kursus yang berbeza dan dapat menjamin lagi kebajikan ahli tetapi membelakangi DPMM inilah yang menjadi soalnya kerana selama ini DPMM yang membantu mereka dari segala segi tambahan pula keselamatan mereka yang bernaung di bawah PMRAM akan terjamin disebabkan PMRAM mempunyai autoriti yang besar untuk berurusan dengan Amin Daulah Mesir sedangkan perubatan tidak ada kuasa dalam menjamin keselamatan ahlinya.

Sepatutnya pada peringkat awal ini perubatan hendaklah mendengar keluhan hati ahlinya untuk menjamin kelangsungan ukhuwwah yang berterusan. Jangan pula bersikap tidak mengenang budi dalam mengikut telunjuk pihak atasan. Setelah berbincang dalam keadaan yang agak panas akhirnya pengerusi perubatan bersetuju untuk menangguhkan dulu penubuhan chapter ini dan berkenan untuk dipanjangkan keperingkat akar umbi dalam mencari jalan penyelesaian.

p/s: Dalam proses mencari maklumat kenapakah kerajaan Malaysia menaikkan kouta berlipat kali ganda untuk pelajar perubatan mendalami ilmu perubatan di sini.

Random Posts

Leave a Comment

Your comment

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.