Tengok budak bergerak!

Hari ini saya berjumpa dengan Doktor Zainab untuk membuat ‘kasyful fil batn’ - scan- zaujah untuk melihat keadaan anak sulong kami ini. Sebenarnya kami tidaklah berhajat hendak berjumpa dengannya pada hari ini tapi kebetulan kami melalui depan kliniknya terus saja kaki ini gagah untuk melangkah masuk.Melihatkan ramainya orang Arab yang sedang menunggu diluar bilik Doktor membuatkan saya tidak ada mood untuk terus menunggu tapi selepas bercakap dengan pembantunya tahulah saya yang ramai-ramai menunggu kat luar tu bukanlah kesemuanya pesakit tapi mereka adalah ahli keluarga yang datang untuk menemani pesakit. Dalam hati saya terus berkata, orang Arab ni memang begini sikap dia kalau hendak buat sesuatu habis semua dia panggil walaupun nak buat benda kecil.

Dalam ramai-ramai orang Arab giliran saya hanya yang keempat bukanlah yang ke-20 kalau dilihat kepada jumlah manusia di situ. Tidak lama menunggu saya dipanggil masuk oleh pembantunya untuk ke bilik Doktor. Tanpa melengah masa Doktor terus ‘menyecan‘ zaujah untuk melihat kandungannya, Doktor memanggil saya supaya mendekatinya dan menunjukkan kepada saya keadaan dalam perut zaujah. Dengan perasaan gembira dan tidak tahu apa nak dikata saya melihat anak saya sedang bergerak-gerak dalam perut ibunya.

“MasyaAllah” Terkejut Doktor
“Ta’ala hina(Mari sini)” kata Doktor
“Syuf(Tengok)” Sambung Doktor lagi
“Waa…Huwa yuharrik(Dia bergerak)” terus saya mencelah
“Aiwah..(Ya)” kata Doktor
“Dah ra’si wa dah jism wa hina riglik(Ini kepala dan ini tubuh dan ini kaki dia)”

Inilah lebih kurang perbualan saya dengan Doktor Zainab dalam bahasa ‘Ammiah (kampung) semasa Doktor membuat pemeriksaan ke atas zaujah. Sejurus selepas itu Doktor menyuruh saya membeli ubat di Soidaliah dan naik kembali ke atas untuk dia memberitahu tindakan lanjut selepas ini.

Dalam perjalanan balik kerumah saya sebenarnya masih lagi terkejut dengan apa yang saya lihat..Ye le dapat tgk sendiri budak bergerak dalam ‘rumahnya’. Dan saya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana memberi kami rezeki ini kerana berapa ramai yang kahwin hampir 3 tahun atau lebih tapi masih lagi tidak dikurniakan rezeki.

Saya termasuk daripada orang yang Allah kasihi dengan terus memberi rezeki ini walaupun baru sahaja menempuh alam rumahtangga. InsyaAllah kami akan mendidik anak kami supaya mengenal Penciptanya dan menjadi salah seorang penegak agamaNya di atas muka bumi.

Related Posts with Thumbnails

Comments

No Comments

Leave a reply

Name *

Mail *

Website