Nov 28 2006

Betulkah Melayu terkulai

Menyoroti permasalahan yang ditimbulkan salah seorang pembaca yang mengatakan perwakilan UMNO tidak bermaya dan layu terkulai semasa menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2006 jelas terbayang dibenak fikiran kita bahawa perwakilan memang tidak memandang serius isu yang dibangkitkan oleh sidang perwakilan.Ini jelas kelihatan kerana ianya disiarkan secara langsung oleh stesen TV swasta yang berbayar. Sejurus selepas berakhirnya perhimpunan ini Perdana Menteri memberi komentar supaya tidak lagi menyiarkan secara langsung perjalanan perhimpunan tersebut. Adakah Perdana Menteri ingin menutup keburukan sidang perwakilan dengan melarang siaran langsung keudara.

Rakyat sepatutnya diberi peluang untuk sama-sama menghayati apa yang diperkatakan dalam perhimpunan agung itu. Biarlah rakyat menilai sendiri sejauh mana sidang perwakilan membincangkan soal-soal penting yang berkaitan agama dan bangsa kita.

Menteri Pengajian Tinggi Dato’ Mustapa Mohamed sendiri mengatakan bangsa Melayu perlulah mengubah serta mengikis persepsi negatif yang mengaitkan bangsa Melayu sebagai bangsa yang malas dan tidak berjaya. Sifat ini bukanlah datang dari diri Melayu sendiri melainkan ianya berkait rapat dengan persekitaran dan keadaan yang memaksa.

Dari satu sudut sesetengah pihak hanya tahu menuding jari kepada satu golongan sahaja tanpa memikirkan dan menyelami kenapa sifat ini timbul. Dasar memandang rendah golongan tertentu membuatkan mereka merasa rendah diri dan suka memencilkan diri dari tumpuan umum.

Sebaliknya mereka yang sealiran dengan mereka diagung-agungkan sehingga melupakan orang lain yang tidak setaraf dengan mereka. Walau apapun sifat yang dilabelkan ianya tidak akan mampu merubah keadaan selagi suara mereka tidak dibawa ke tempat sepatutnya.

Related Posts with Thumbnails

TAGS:

2 Comments on this post

Trackbacks

  1. syahid_zul said:

    entahla..pelik2 diorang nih..

    December 2nd, 2006 at 2:31 pm
  2. Hadid said:

    memang pelik kerana menganggap mereka betul semuanya dan orang2 yang tidak sehaluan dengan pendirian mereka terus ditahan dari memperbetulkan keadaan..

    December 3rd, 2006 at 1:41 am

LEAVE A COMMENT

Subscribe Form

Subscribe to Blog

Spam Protection by WP-SpamFree