Menulis bukan kerana nama

12:29 am Motivasi

Menulis memang satu kerja yang membebankan ditambah dengan kesuntukan masa yang terhad untuk dipenuhi dengan pelbagai tugasan yang tidak dapat ditinggal dan dibiarkan, menulis terpaksa memerah minda untuk menterjemahkan dalam bentuk susunan aksara yang dapat difahami, menulis memenatkan tubuh untuk duduk berjam-jam mengadap meja atau komputer, menulis memerlukan kesabaran dalam menyiapkan maqalah dan artikel atau seumpamanya dan menulis juga memerlukan ilmu untuk diaplikasikan tentang apa yang berkaitan supaya tidak dikatakan oleh mereka yang membacanya seolah-olah terawang-awang di kayangan idaman.

Susahnya nak menulis tapi kenapa aku nak jugak menulis walau tersenarai beribu-ribu alasan yang mematahkan semangat??

Semasa pengajian sebelum ini aku telah diberi pilihan untuk memilih salah satu subjek kemahiran untuk melayakkan aku mendapat pengiktirafan. Antara subjek yang ditawarkan adalah kemahiran khat, kemahiran menjahit dan kewartawanan. Dalam kesemua kursus yang ditawarkan aku memilih untuk mengikuti kursus kewartawanan, aku sendiri tidak mengetahui kenapa aku memilih untuk mengikuti kursus ini tapi yang pasti setelah aku memasuki kelas pertama kursus ini hati aku memberontak disebabkan tidak ramai yang memilih untuk mengikuti kursus ini ditambah pula dengan kebanjiran pelajar bertudung labuh yang meminati kursus ini.

Dalam keadaan terpaksa aku mengikuti kelas ini walau hati berat untuk meneruskannya. Kawan-kawan yang lain asyik memerli kerana mereka kebanyakannya memilih untuk memasuki kelas khat dan kelas menjahit yang dianggap sebagai subjek bonus bagi mereka. Aku masih mengingati kata-kata cikgu Ismail waktu mengajar kami,

menulis adalah seni dan bakat yang terpendam dalam diri seseorang dan hendaklah diasah berulang kali seperti kemahiran yang lain juga

Aku pernah didenda oleh cikgu kerana meninggalkan kelas dengan menulis tiga artikel dalam masa dua hari untuk melayakkan aku mendapat point tambahan, apa yang menarik aku dapat menyiapkan artikel tersebut dalam masa yang ditetapkan setelah bertungkus lumus memerah minda.

Artikel yang aku tulis itu bukanlah sebaik mereka yang telah lama melibatkan diri dalam penulisan walaupun setiap artikel hampir sepuluh helai mukasurat tapi kepuasan yang aku capai selepas menyerahkan artikel tersebut kepada cikgu Ismail membuatkan aku merasakan diri aku benar-benar merupakan seorang penulis yang profesional.

Walaupun aku menulis kerana untuk mendapatan point tapi sebenarnya aku telah mendapat satu natijah dari peristiwa tersebut yang mana diri aku mempunyai bakat yang terpendam tanpa aku sedari dalam bidang penulisan. Tapi oleh kerana aku tidak mengasahnya dan terus mengasah supaya bersinar membuatkan aku kaku dalam menyusun kata-kata dan idea yang bernas.

Dalam masa yang sama aku sebenarnya terikat dengan matlamat penulisan aku, adakah aku inginkan kemasyhuran dengan menulis satu artikel dan inginkan komen serta pujian mereka yang membacanya? Aku telah tersilap langkah dalam perhitungan ini, yang sepatutnya hadaf utama aku adalah untuk membawa diri aku ini untuk mengenal Allah S.W.T dengan lebih dekat lagi disamping untuk mengislahkan masyarakat supaya kembali kepada ajaran yang dibawa oleh para Nabi-nabi terdahulu dengan mengikutinya dalam segenap aspek kehidupan.

Inilah yang sepatutnya menjadi titik tolak kepada niat suci aku dalam menyusun kata-kata di samping terus bersabar dengan desakan keadaan yang boleh melemahkan semangat dalam meneruskan perjuangan yang murni ini.

Random Posts

Leave a Comment

Your comment

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.