Dec 8 2006

Dimana ruh kemanusiaan

Isu setinggan Kampung Berembang baru sahaja berlalu tetapi ianya masih lagi terbayang dibenak fikiran kita terhadap apa yang dilakukan oleh pihak berkuasa ke atas penduduk tersebut. Memang tidak dapat dinafikan oleh mereka yang berfikiran waras dan rasional dengan melihatkan kesannya kepada keluarga yang terbabit akan tersentuh hati dengan insiden yang menimpa mereka.Dalam kes Kg. Berembang ini keseluruhan yang terbabit adalah sebanyak 1,085 keluarga yang mana 1000 daripadanya akur dengan keputusan kerajaan untuk berpindah ke rumah pangsa kos rendah yang berharga RM 35,000 selepas subsidi RM 7,000 manakala 51 keluarga enggan berpindah ke tempat yang diarahkan. 45 keluarga memohon satu perintah injuksi dan memfailkan saman pemula. Pada 2 Februari 2006 Mahkamah mengeluarkan satu perintah dan meminta MPAJ akur dengan perintah tersebut supaya tidak merobohkan baki setinggan yang masih ada.

Kini, penduduk Kg Berembang hanya menanti saman itu memihak kepada mereka yang mana MPAJ atau kerajaan Selangor akan membayar ganti rugi terhadap rumah yang mereka robohkan. Perbicaraan yang akan dimulakan pada 30.4.2007 ini akan menentukan segalanya. Kalau mahkamah tidak menghiraukan harapan mereka ternyata nasib penduduk tersebut akan terus dirundung malang berikutan dengan apa yang dilakukan kerajaan sekarang.

Aktivis yang behempas pulas menghalang bukanlah dikatakan sebagai menangguk di air keruh tetapi ingin menuntut keadilan dan prihatin pihak berkuasa terhadap nasib yang menimpa mereka. Kerajaan sepatutnya melihat masalah mereka ini dengan teliti dan dari pelbagai aspek, mereka ini golongan minoriti yang berbeza dengan keluarga lain yang mana mungkin tidak mempunyai sumber kewangan untuk terus tinggal ditempat yang diarahkan.

Paling tidak pihak berkuasa tentunya dapat menjangka apa yang akan terjadi kepada keluarga yang terlibat termasuklah anak-anak keluarga tersebut. Pada masa kejadian anak-anak menagis dan menjerit serta ada yang menyanyikan lagu Negaraku dalam surau tetapi ini semua tidak diendahkan oleh mereka hanya menjadi pak turut. Dalam keadaan ada kanak-kanak yang terkejut dengan apa yang disaksikan tidak mustahil ini akan meninggalkan kesan atau trauma yang mendalam dalam diri mereka.

Related Posts with Thumbnails

TAGS:

2 Comments on this post

Trackbacks

  1. syahid_zul said:

    ni la probnyer bila buat kerja diatas kertas.diatas kertas,arahan yg diterima ialah “roboh”.tetapi hakikatnya sentimen belas kasihan dan budi bicara itu perlu diambil kira juga…

    December 8th, 2006 at 11:45 pm
  2. Pakteh said:

    Orang-orang kecil hanya mampu ‘menyalak’ sedang orang besar bisa mendabik dada serta mendongakkan muncungnya ke langit.

    December 12th, 2006 at 6:31 am

LEAVE A COMMENT

Subscribe Form

Subscribe to Blog

Spam Protection by WP-SpamFree