Dec 17 2006

Allah masih sayangkan kami

Alhamdulillah kami masih lagi dapat merasai kenikmatan hidup di dunia yang aman ini walau kelmarin nyawa kami hampir2 terkorban disebabkan satu peristiwa yang berlaku dirumah kami.Kejadian kebocoran dan kebakaran gas memasak kelmarin telah membuatkan kami tersedar akan keselamatan di negara orang. Perisiwa yang berlaku pada petang kelmarin yang mana kami kehabisan gas memasak dan ingin mengganti yang baru hampir2 maragut nyawa kami.

Di sini yang masih menggunakan gas tong untuk memasak terpaksa ditukar bila kehabisan jadi saya pun memanggil kawan Arab untuk mengangkat gas untuk ditukar dan kami memasangnya sendiri. bila selesai memasang dan kami ingin mencuba adakah dah boleh guna tapi yang kedengaran ketika kami membuka penutup gas tersebut satu bunyi desiran keluar dan kuat sekali berbau gas lalu kami tutup semula mula panik sebab ruangan dapur sudah dipenuhi oleh bau gas yang sungguh kuat. Saya memanggil Baba-tuan rumah-saya untuk memeriksanya dan dia dengan beraninya menyalakan api untuk melihat adakah gas tersebut boleh digunakan selepas membetulakn sedikit penutup dan kepala gas.

Apalagi api mulai menyambar dikepala gas, pada mulanya sedikit sahaja api yang menyala tapi lama sedikit api mulai membesar dan marak sedikit. Kami semua panik dan budak Arab yang bersama saya terus keluar dari rumah untuk meminta pertolongan. Saya yang berada dibelakang Baba terus memanggil isteri yang berada dalam bilik untuk keluar, Baba yang masih lagi berada disitu terus mengambil kain buruk dan ingin menutup penutup gas tapi malangnya Baba tersilap arah membuatkan api terus marak dengan nyalaan yang hampir satu meter ke atas.

Tanpa mempedulikan nyawanya Baba terus menarik gas dengan menggunakan kain buruk dan menyentap dengan kuat untuk mencabut kepala gas yang masih terlekat lalu menggoleknya keluar rumah, mujurlah rumah kami berada di tingkat paling bawah memudahkan untuk melempar balang gas tersebut. Orang ramai yang berada di kawsan tersebut terus berlari keluar disamping ada wanita Arab yang bertempik dengan suara yang nyaring, kami yang memerhati dari kejauhan hanya mampu berdoa supaya api padam dan keadaan reda.

Lelaki Arab yang berani terus mengambil penyembur yang terdapat dalam rumah dan kereta yang saya rasakan 3 penyembur digunakan untuk memadamkan api tapi masih lagi tidak berjaya. Mereka mengambil tanah dan kain tebal yang basah untuk menutup balang gas tersebut dan selepas 10 minit baru lah api padam dan sejurus kemudian kereta bomba tiba untuk melihat api yang terjadi. Semasa anggota bomba mengambil tong gas yang tertimbus oleh tanah dan kain gas masih lagi keluar menyembur tetapi cepat2 ditutup oleh pegawai tersebut.

Selepas keadaan reda kami masuk ke dalam rumah dan melihat kesan putih memenuhi ruang dapur dan ruang tamu rumah dan ramai orang Arab yang datang bertanyakan keadaan kami, memang mereka peramah dan baik hati malah ada yang menghulurkan duit kami tanda simpati mereka.

Hari ini tong gas dan kepala penyambung sudah ditukar membuatkan kami merasa aman sedikit walaupun masih lagi terdetik perasaan gerun dihati saya terutamanya isteri untuk ke dapur.

Kami bersyukur kepada Allah yang masih lagi sayangkan kami dan memberikan ujian untuk menyentap hati kembali rapat kepadaNYA.

Related Posts with Thumbnails

4 Comments on this post

Trackbacks

  1. TasekPauh Blogspot said:

    Alhamdulillah, tiada kecederaan berlaku kpd sdr hadid & keluarga serta tuan rumah. Salam dari saya (wakil Us Safuan) dari TP dan teruskan pejuangan. Wassalam.

    December 17th, 2006 at 4:26 pm
  2. Hadid said:

    Alhamdulillah tiada apa yg berlaku…itu lah yg mampu kami ucapkan terhadap ujian yang menimpa dan perjuangan di sini mesti diteruskan walau diduga sedemikian rupa.
    Kirim salam semula untuk Ustaz Safuan dan editor TP juga

    December 17th, 2006 at 8:44 pm
  3. AKMA said:

    Alhamdulillah. Syukurlah saudara sekeluarga selamat. Meremang bulu roma saya membacanya.

    Salam Ukhuwah.

    p/s : melompat dari blog Bro Idham

    December 18th, 2006 at 10:00 pm
  4. Hadid said:

    Terima kasih kepada saudara akma kerana sudi menjengah ke laman ini. Kita semua tidak dapat lari dari mehnah yang mendatang…hanya pergantungan kepada ILAHI mampu meredakan suasana.

    December 22nd, 2006 at 7:34 am

LEAVE A COMMENT

Subscribe Form

Subscribe to Blog

Spam Protection by WP-SpamFree