Dec 28 2006

Perubahan paradigma

Manusia seluruhnya tidak dapat lari dari menyatakan perlunya perubahan kearah kebaikan dalam setiap masa dan keadaan dan tidak tergolong dalam golongan mereka yang hanya melihat dari satu sudut sahaja. Kalau kita perhatikan kepada mereka yang berjaya dalam pelbagai bidang sekalipun mereka akan memikirkan satu langkah untuk memajukan diri menjadi lebih baik dari sebelumnya.Malah mereka yang berkemampuan mendalami dan memahami satu-satu bidang selain bidang yang diceburinya akan membuatkannya mampu menghadapi cabaran yang mendatang. Sesuatu perkara yang dilakukan bersama dengan minat yang mendalam terhadapnya akan membuahkan hasil yang tidak dapat dijangkanya dan kepuasan yang terbit darinya akan mencetuskan momentum untuk mencapai tempat yang tertinggi.

Dalam berusaha kearahnya kita tidak boleh melupakan hakikat asal untuk apakah kita bertungkus lumus untuknya, adakah kita hanya inginkan kesenangan yang sementara atau kita inginkan apa yang dapat dicapai itu membawa sohibnya ke lembah asafala safilin lagi? Benda ini terpulang kepada kita macmana menerajui dan mengemudinya dengan bekalan yang dikutip selama ini.

Selama berminggu-minggu saya mengkaji tentang sesuatu perkara yang telah menyedarkan saya dari khayalan semata-mata, sesuatu bidang yang memang realiti terjadi dan bukannya omongan kosong dari mereka yang berjaya. ‘ADSENSE’ telah membuatkan saya terfikir sebenarya rezeki ALLAH tersangatlah luas walaupun hanya bekerja di ‘SOHO’-Small Office Home- yang berkeluasan hanya 3′x5′.

Pasti ramai yang sudah mengetahui tentang kewujudan Adsense dan ianya dapat membantu menjana pendapatan dengan hanya bekerja di dalam rumah. Dengan hanya bertemankan komputer yang dilengkapi dengan kemudahan internet akan membuatkan mereka yang menyertai bidang ini akan dapat menjana pendapatan sampingan melalui program yang dijalankan oleh Google ini.

Di lain hari saya akan menerangkan cara untuk menjalankannya-bagi yang newbie-dan macamana ianya dapat menjana pendapatan sampingan walau hanya bekerja dirumah. Walaupun saya sendiri pun masih newbie :) dalam bidang ini tetapi saya akan buktikan bidang ini bukanlah bagi mereka yang expert dalam Bahasa Inglish sahaja malah orang seperti saya ini mampu juga bersama-sama dengan mereka yang lain.

p/s : post terbaru akan menerangkan cara untuk mendaftar akaun google adsense

Related Posts with Thumbnails

TAGS:

LEAVE A COMMENT

Subscribe Form

Subscribe to Blog

Spam Protection by WP-SpamFree