Cara mendaftar akaun Google Adsense
December 29, 2006 6:55 am AdsenseSetelah saya menerangkan serba sedikit berkaitan Google Adsense kali ini saya akan teruskan dengan cara hendak membuka akaun Google Adsense. Caranya memang teramat mudah sekali seperti membilang 1 2 3
tetapi kalau tidak kena cara Team Google tidak akan menerima permohonan anda.Mula-mula seorang yang ingin memiliki akaun Google Adsense hendaklah mempunyai situs yang berbahasa Inggeris kandungannya, kenapa bahasa Inggeris? Sebab Google Adsense belum support lagi bahasa Melayu (hai sedihnye) dan setengah-setengah bahasa lain. Selepas membina situs ini dan diisi dengan content yang berkaitan dengannya sekarang bolehlah membuat permohonan untuk membuka akaun Google Adsense.
Kalau tidak mampu untuk memiliki domain name sendiri yang berbayar eloklah untuk newbie yang baru berjinak-jinak dengan pembinaan situs ini bolehlah menggunakan satu site yang free seperti blogspot, blogdrive dan sebagainya dan mula mengisi blog dengan atrikel-artikel bahasa Inggeris (kalau tidak mampu menulis sendiri saya cadangkan upah mereka yang boleh atau pun copy paste je artikel tu)
Untuk membuka akaun Google Adsense boleh klik kat tepi sebelah kiri laman ini yang bertulis ‘Generate Revenue From Your Website With Google Adsense’ dan isi maklumat yang dikehendaki. Keputusan permohonan anda akan diberitahu selepas 1 atau 2 hari dari tarikh permohonan melalui email yang didaftar, ini bertujuan untuk Team Google melihat isi kandungan situs anda untuk dinilai sebelum diluluskan.
Selepas Team Google meluluskan akaun anda boleh lah anda bermula untuk menjana duit dengan memasukkan teks script iklan yang anda boleh perolehi dari akaun google, dan anda boleh mengubah iklan ini mengikut kesukaan masing-masing dari segi warna dan jenis yang tersendiri. Anda kena berusaha untuk menarik pengunjung-pengunjung ke laman web anda dan kalau pengunjung tertarik dengan iklan yang terdapat dalam situs anda disinilah anda akan dibayar oleh google bila pengunjung mengklik iklan yang terdapat dalam laman web anda.
Tentang cara pembayaran yang akan dibuat oleh google ini saya akan terangkan selepas ini dan mungkin selepas saya pulang bercuti untuk menyambut Hari Raya Aidil Adha di kampung saya-TANTA-dan menikmati hidangan daging kambing dan unta di Kaherah.
p/s : nantikan pos seterusnya-Cara Pembayaran Duit Oleh Google-( eleh..macam le ramai yang ternanti-nanti haha…)

