Jan 2 2007

Gantung Saddam : Satu penghinaan terhadap Islam


Setelah puas menyambut Hari Raya Aidiladha bersama kawan-kawan di Tanta dan Damanhur tibalah waktu bekerja di SOHO sendiri :) Kalau di Tanta 6 ekor kambing berjaya dikorbankan hasil dari persepakatan ahli-ahli dan ada juga bahagian yang diambil oleh keluarga di Malaysia. Pada mulanya kami berhajat untuk ke Kaherah untuk menyambut dengan persatuan di sana tapi kami mengubah rancangan untuk ke Damanhur kerana kami belum pernah lagi sampai ke sana selepas berkahwin.

Memang perjalanan yang memenatkan tubuh tapi ianya tidak mematahkan semangat untuk bersama-sama sahabat yang lain meraikan hari suci ini. Dalam kemeriahan menyambut Hari Raya Aidiladha kita semua dikejutkan dengan berita hukuman gantung yang telah dijalankan oleh mahkamah boneka Iraq terhadap Saddam Hussein pada subuh hari raya pertama.

Sungguh berita ini mengejutkan semua pihak disebabkan kenapa ianya dilaksanakan pada hari mulia agama Islam dan tidak ditangguhkan sedikit untuk menghormati orang Islam? Dan kenapa terlalu cepat hukuman dibuat selepas lebih kurang pertengahan bulan 11 dijatuhkan hukuman? Kenapa alasan yang dibuat hanyalah kesalahan membunuh penduduk Dujail 100 orang lebih itu diutamakan? Dan banyak lagi kenapa dan kenapa…

Sememangnya AS mahu menghina umat Islam dengan memerintahkan mahkamah boneka memilih tarikh tersebut disamping mahu cepat-cepat musuhnya dihapuskan. Sudah tentu mereka bersorak dengan berlaga gelas diiringi dengan perkataan ‘cheers’ setelah menyaksikan Saddam Hussein mati tergantung.

Walaupun Saddam bukanlah mereka yang boleh dikategorikan sebagai manusia yang baik sepenuhnya disebabkan dia sendiri menggunakan cara diktator dalam memimpin negaranya tapi kita menyebelahinya kerana dia masih lagi seorang Islam. Sikapnya yang tabah dan tidak gentar semasa menjalani hukuman penipuan itu jelas membayangkan semangatnya untuk melawan AS masih lagi berkobar-kobar untuk diikuti oleh golongan yang masih lagi tinggal memperjuangkan keadilan dan kebebasan serta kemakmuran dalam menghancurkan kuasa AS.

Percayalah selepas dari peristiwa tersebut golongan yang menentang AS akan terus bermatian menyerang dan umat Islam melihat apa yang telah dicetuskan AS ini akan membangkitkan lagi semangat untuk melawan demi memastikan penguasaan kuffar disembelih seteruknya.

p/s : untuk melihat sendiri perlaksanaan hukuman ini secara real selama 2 minit bolehlah melawat ke sini
p/s : mengandungi laporan tv arab, tangkap curi melalui henset, real video Saddam tergantung selepas dibuka papan dibawah kaki dan sebagainya

Related Posts with Thumbnails

TAGS:

LEAVE A COMMENT

Subscribe Form

Subscribe to Blog

Spam Protection by WP-SpamFree