Kisah kejayaan IRFAN KHAIRI
- 0 Comments
Siapa tidak kenal dengan Irfan Khairi, seorang jutawan yang menjalankan perniagaan melalui internet semasa dia berusia 18 tahun lagi (hai baru lepas SPM) dan 7 tahun kemudia dia mencapai sasarannya untuk mendapatkan satu juta. Seorang yang tidak suka menunjuk-nunjuk dengan berimej simple berbeza dengan jutawan yang kita lihat berpakaian sentiasa kemas tetapi baginya tidak perlu dia berbuat demikian kerana dia tidak perlu berjumpa dengan pelanggan dalam berurusan.
Graduan dari Universiti Staffordshire, Britain yang pernah berkerja disebuah syarikat teknologi maklumat (IT) terbesar di Birmingham iaitu Netmedia (UK) Ltd ini telah menjalankan perniagaan internet yang melibatkan mereka bentuk e-book, grafik, laman web, SEO ( Search Engine Optimization), penempahan peta, penempahan hotel, perunding multimedia, e-niaga dan pembelajaran.
Apa yang dilakukan ini sebenarnya bermula dari minat yang mendalam dalam bidang IT yang menurut katanya kalau kita minat sesuatu perkara kita tidak akan sedar betapa lamanya masa yang kita ambil untuk membuatnya dan kita tidak akan merasa letih dan bosan dengan apa yang kita lakukan. Buku beliau yang bertajuk ‘Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar’ cukup laris untuk orang ramai mengkaji kejayaan yang dibuat oleh jutawan internet.
Dia yang sanggup untuk berhenti berkerja dengan syarikat dan menumpukan sepenuh masanya dengan e-biz ini ketika tamat belajar dahulu nyata tidak mensia-siakan usahanya, dengan hanya bertemankan sebuah laptop dan talian internet dia mampu melakukan dari sebuah bilik kecil sahaja. Dalam usia baru mencecah 29 tahun dia masih lagi giat menjalankan perniagaannya yang mana sekarang ini dia sibuk untuk menyiapkan e-book yang menceritakan cara yang tepat untuk mempromosikan sesuatu perniagaan
Projek tersebut tidak lagi siap sepenuhnya tetapi dia sudah pun mengumumkan laman web tersebut yang boleh dilawat di sini. Target pembikinan e-book ini hanya seminggu sahaja dengan menceritakan dari hari ke hari perjalanannya-Irfan Khairi Blog-, cara yang dilakukannya ini memang menarik orang ramai untuk memiliki dengan membuatkan mereka tidak sabar-sabar untuk membacanya.
Irfan Khairi memang boleh dijadikan panduan dalam menjalankan perniagaan internet dari segi semangat dan cara yang dialkukannya tetapi semua ini bukan datang bergolek, ianya memerlukan kerja keras dan pemahaman teknik-teknik untuk melariskan produk kita dengan jalan yang sebaik-baiknya bukan dengan cara yang boleh memusnahkan kita.
p/s: jadikanlah orang yang telah berjaya sebagai sumber inspirasi memandu minat kita ke arah kejayaan.

