Information overload
January 15, 2007 7:09 am Idea PerniagaanDalam mencari maklumat yang kita kehendaki khususnya dalam memulakan perniagaan online kita sering dihujani oleh bermacam-macam maklumat yang membuatkan kita keliru dalam menentukan arah tuju kita.Inilah yang dinamakan sebagai ‘information overload’ yang mana sesorang yang baru menjejakkan kaki ke alam ebiz akan terpengaruh dengan sogokan dan lambakan tawaran mahupun maklumat yang berguna untuk memulakan perniagaan.
Bagi mereka yang tidak mudah terpengaruh akan menghadapinya dengan tenang dan sabar dalam melakukan sesuatu dan merencanakan idea yang timbul hasil lambakan maklumat tersebut tetapi bagi newbie perkara ini akan menyerabutkan fikiran dan boleh membantutkan perjalanan perniagaan yang ingin dimulakan.
Bayangkan jika anda baru sahaja mengetahui tentang keberkesanan dan keuntungan perniagaan internet melalui pelbagai bentuk dan idea yang boleh menghasilkan angka RM 1,000,000 tentu sekali anda akan terpengaruh dengan sesuatu yang boleh membuatkan anda terlupa bahawa cara untuk mendapatkannya bukanlah melalaui jalan yang mudah sebenarnya.
Sebagai contoh dalam mengharungi perniagaan internet anda akan dapati melalui kajian anda dimana banyak cara yang boleh dilakukan untuk mendapat keuntungan maksimun seperti menyertai program google adsense, affliate, forex, multi level marketing online, membuat ebook, lelong barang, jual barang orang lain, mencipta software, khidmat reka bentuk website, khidmat sewa server untuk host dan domain name dan sebagainya.
Di sinilah terletaknya kewarasan fikiran dan kematangan dalam mengharungi lambakan idea perniagaan dengan menentukan program mana atau idea mana yang patut kita dahulukan dalam menyahut cabaran ebiz ini. Kita sepatutnya sedar yang mana kita tidak akan mampu untuk melakukan semua idea ini dalam satu masa sahaja tetapi kebolehan kita mengaplikasikan semua idea ini dan mengaturnya dengan sebaik mungkin akan memudahkan kerja kita.
Alangkah baik jika kita memulakan dengan satu atau dua perkara dahulu sebelum kita melangkah lebih jauh. Contohnya menyertai program adsense dan membina laman web atau blog berkaitan sesuatu niche dan kita boleh selitkan affliate yang berkaitan dalamnya, dengan ini kita telah melakukan dua perkara dalam satu masa. Pada masa yang sama kita memikirkan idea untuk menghasilkan ebook dan cd untuk dijual, tidak kiralah apa sahaja ebook atau cd tetapi mestilah yang menjadi satu permintaan oleh orang ramai.
Saya kira jika kita melakukan ini semua dengan sepenuh tumpuan sudah memadai bagi kita untuk memulakan perniagaan internet sebelum melangkah jauh sebagai jutawan cyber.
p/s : dapatkan cd yang menceritakan rahsia berkaitan adsense



January 17th, 2007 at 2:08 am
congratulation,
nice and good info blog. hopefully u will maintain it (write ur idea everyday)
tq very much coz u put my blog into ur blogroll links.