Jan 18 2007

Idea sudah ada - MELAYU BOLEH

Idea untuk memulakan perniagaan online sudah saya fikir dan rasakan inilah yang akan saya tumpu mulai sekarang. Di samping menumpukan pada adsense dan affiliate sekarang ini saya akan memulakan perancangan yang telah saya gariskan setelah mengkaji pelbagai aspek yang diperlukan.

Saya masih lagi menyelesaikan masalah hendak verifiedkan paypal dan menunggu permohonan saya untuk membuka akaun Maybank dan masih lagi menunggu akaun internet banking untuk akaun Bank Islam dan HSBC saya berjalan lancar.

Berkaitan dengan hendak verified akaun Paypal saya telah memohon kad debit dari Public Bank tetapi masih lagi menunggu jawapan dari mereka. Saya menggunakan kad bank ini kerana dari forum-forum yang saya baca dan dari artikel yang disemak kebanyakkan internet marketer menggunakan ini untuk verified akaun Paypal walaupun banyak lagi cara yang boleh digunakan.

Akaun Maybank penting untuk saya kerana situasi di Malaysia yang mana bank ini telah lama digunakan untuk perniagaan online dan bank Islam sudah pun mempunyai cara online nya sendiri agi memudahkan untuk transfer duit melalui internet banking begitu juga dengan bank HSBC pun menerima proses internet banking.

Sebenarnya cara pembayaran secara online ini tidak akan berjaya dan lengkap malah ada yang mengatakan hampir 90% perniagaan online mengunakan kad kredit sebagai medium pembayaran, sebab itu sebagai internet marketer kita sepatutnya mempunyai kad kredit untuk memudahkan urusan. Saya juga dalam proses untuk memohon kad kredit tetapi masih lagi menuggu maklum balas pihak bank.

Berbalik kepada idea saya tadi, saya mempunyai 3 idea yang hendak dilaksanakan untuk memulakan perniagaan internet saya tetapi biarlah saya merahsiakan dahulu sebab saya mahu mengumpul maklumat dan merancang modus operandi terhadap idea ini.

Saya begitu tertarik dengan cara yang digunakan oleh Irfan Khairi dalam melancarkan produk terbarunya iaitu ebook berkaitan cara mempromosikan perniagaan kita, dalam masa lebih kurang seminggu dia berjaya merealisasikan ideanya walaupun saya percaya dia telah lama merancang dan mengarang ebook tersebut.

Berkeinginan untuk memilikinya tetapi saya tidak mahu melangkah terus ke atas tetapi saya mahu menaiki tangga perlahan-lahan dan step by step supaya saya tidak terjatuh dan mencederakan seluruh anggota tubuh.

Apa pun saya akan buktikan yang saya boleh lakukan, MELAYU BOLEH lakukan walaupun berdepan dengan cabaran yang bergunung.

Related Posts with Thumbnails

TAGS:

2 Comments on this post

Trackbacks

  1. catzer said:

    insya-allah semoga berjaya dgn apa yg diimpikan. Ebiz ni terlalu luas, nasihat saya paling penting ialah FOCUS dan KONSISTEN.

    January 18th, 2007 at 7:25 pm
  2. Labanon said:

    Ebiz… yang penting sabar… dalam apa2 perniagaan pun sifat kesabaran dan bersyukur perlu ada.

    p/s: Good Luck ;)

    January 21st, 2007 at 3:13 am

LEAVE A COMMENT

Subscribe Form

Subscribe to Blog

Spam Protection by WP-SpamFree