Tambah ilmu perniagaan internet dengan FOREX
- 0 Comments
Dalam merayau-rayau mencari info-info untuk mempelajari ilmu berkaitan perniagaan internet saya terjumpa dengan blog seorang yang sudah layak digelar sifu dan otai dalam mencari duit hanya bekerja dirumah.Ketika mencari maklumat macamana hendak membuka akaun US bagi non resident terus saya melekat di blog tersebut. Artikel yang terdapat dalam blog beliau memang menarik disebabkan dia aa memiliki starter kit termasuk borang macamana hendak membuka akaun US bagi mereka yang tidak tinggal di US, terus saya meninggalkan pesanan melalui yahoo mesengger yang ditinggalkan di akhir artikel tersebut.
Tanpa disangka pemilik blog tersebut sedang online dan tanpa membuang masa saya terus meminta borang tersebut dan yang paling seronok beliau sekarang ini berada di sini- Mesir- dan dia memberinya dengan percuma kepada saya..hehe..terima kasih SIFU…
Saya telah pun print borang tersebut tetapi belum mengisi lagi dan mungkin esok saya akan isi dan hantar dengan segera. Saya sebenarnya ingin memiliki debit kad visa untuk verified akaun paypal yang saya rasa perlu disegerakan prosesnya untuk melicinkan saya merancang dan mengemaskini projek walaupun baru sahaja bermula.
Dalam mencari-cari maklumat berkaitan debit kad, saya terjumpa dengan bank-bank kat Mesir ni yang menawarkan juga khidmat ini antaranya Bank NSGB, National Bank of Egypt dan Banque Misr yang boleh dipohon tetapi saya masih lagi mengkaji yang mana satu yang terbaik dan mudah untuk memohon.
Sifu yang saya maksudkan tadi rupanya sangat expert dalam pelaburan FOREX yang telah disertainya hampir 2 tahun. Memang saya pernah mendengar berkaitan Forex ni tetapi ilmu masih zero lagi tetapi dengan membaca blog beliau dan mencari maklumat melalui forum-forum lain saya sudah nampak sedikit sebanyak berkaitan pelaburan ini tetapi perlu dikaji lagi dan dipelajari dengan mendalam sebelum terjun ke dalamnya.
Banyak sungguh cara yang boleh dilakukan untuk menjana duit dari rumah menggunakan internet ini tetapi mentor tidak ada untuk memimpin ke jalan yang betul sebab itu lah mereka yang berada di Malaysia sangat beruntung kerana boleh bersemuka dengan pakar secara langsung berbanding mereka yang berada jauh tetapi ini tidak akan mematahkan semangat untuk berjaya kerana maklumat hanya dihujung jari tinggal kita sahaja yang bijak memanipulasikannya untuk kepentingan diri.
