Belajar FOREX
- 0 Comments
Rasanya dah lama aku tidak mengupdate blog ini, bukan apa tapi memang sibuk betul-betul kebelakangan ini. Satunya sibuk menguruskan kawan aku yang akan kahwin sikit hari lagi dan satu lagi sibuk study Forex!Sejak aku berjumpa dengan Abg Nik kat sini aku tidak melepaskan peluang untuk mempelajari selok-belok pelaburan Forex dengannya. Memang Abg Nik tidak kedekut dengan ilmunya buktinya dia sanggup mengajar aku yang buta kayu ni dari awal lagi hehe..
Aku pun sekarang ini bukanlah mahir lagi dalam Forex ini sebab baru je bermula dari zero berkaitan Forex tapi alhamdulillah sekarang ini aku mulai faham sedikit sebanyak pasal Forex ini, ok sekarang aku nak terangkan apa yang aku faham berkaitan Forex ini.
Forex singkatan kepada Foreign Exchange merupakan salah satu sumber pendapatan kepada internet marketer atau pelabur-pelabur yang menjalankannya melalui online sahaja, ianya termasuk di dalam perniagaan internet yang boleh dijalankan dirumah melalui sebuah komputer dan sambungan internet untuk berurusniaga.
Ia membolehkan kita memperdagangkan mata wang asing dengan mudah yang mana sebelum ini hanya mereka yang mempunyai modal besar sahaja boleh melabur dalam Forex ini tetapi sekarang banyak sekali platform ditubuhkan untuk memudahkan orang ramai turut sama melabur.
Malah ada platform yang menawarkan serendah $1 untuk memulakan pelaburan dan yang lebih menarik ia turut memberikan $5 kepada kita sebagai galakan memulakan trade di platformnya. Marketiva merupakan platform asas untuk pelabur mamahirkan diri dalam dunia pelaburan. Dengan duit virtual-duit yang tidak boleh diwithdraw- sebanyak $10000 boleh digunakan sebagai latihan sebelum memasuki dunia pelaburan yang sebenar dengan berbagai risiko menanti kita.
Tetapi jika kita mempunyai ilmu dan teknik-teknik yang tertentu kita tidak perlu risau dan runsing untuk meneruskan rancangan kita yang telah di lengkapi dengan ilmu yang mantap dalam dunia Forex. Sebelum mendapat hasil yang lumayan dalam pelaburan Forex ini kita perlu mencari ilmu dengan membaca dan bertanyakan kepada yang pandai ataupun mencari seorang mentor untuk menolong kita.
p/s: Alhamdulillah aku dah jumpa dengan mentor untuk ebiz khususnya Forex kat Mesir ini dan kalau sesiapa hendak belajar silalah berhubung dengannya disini ataupun melalui murid kanannya ini ![]()
p/s: gunakan kupon ini semasa mendaftar akaun Marketiva
2FDG2VT8TH, 8HXN2TWXUU, 162XPOYG80, Y2PVPQOA61, JAAV0E8RBV, NSN5ZOO4GT,
RTGHLEODQV, GSITI24VLG, Z9U83NCDBI, YKU6RB8TU8, U0G6C4I11E, Y6RL3JIUKV,
GX2WPZQ2I7, 09RXKCWMJZ, J8WB7WSRWW, BVUPJJURK1, GPABJ74HUO, EVSPLM32HU, XNDHCGR0Y8, RFYTSCJWMJ
