Belajar Trade Forex
- 0 Comments
Dalam masa 2 hari aku belajar trade dalam pelaburan Forex ini dengan menggunakan duit virtual memberikan gambaran kepada aku bahawa betapa tinggi risiko yang perlu dihadapi oleh mereka yang berani menceburkan diri dalam Forex ini jika menggunakan duit sebenar.Bagi aku sesiapa yang mudah diserang lemah jantung..hoho..baik takyah le masuk untuk menorex sebab risiko yang perlu ditanggung bukan kecil tetapi sebesar gunung Tursina..lol…yang perlu dipikul.
Tapi ini bagi mereka yang memasuki trade tanpa ilmu pengetahuan sedikitpun dalam menorex ini, bebeza dengan mereka yang mahir dan sudah lama bergelumang dengan dunia Forex mereka tidak akan terlalu emosi melayan fikiran berikutan apa yang disangka tidak mencapai matlamat.
Betullah kata guru aku, masa yang perlu diambil dan dihadam betul-betul dalam bermain dengan virtual ini bukanlah sedikit dan sekejap tetapi sekurang-kurangnya 3 bulan dan dia sendiri mengambil masa 6 bulan berlatih virtual sebelum memasaki pasaran sebenar.
Aku kena tumpukan betul-betul pada masa latihan ini dengan mengkaji kenapa guru aku memberikan signal-signal tertentu bagi membuka post bagi satu-satu masa. Aku hanya diajar cara menganalisis graf menggunakan indicator-indicator tertentu sahaja untuk permulaan ini. Apapun perjalanan aku masih jauh dengan Forex ini dan aku hendak buktikan aku boleh lakukan serta boleh membuka post dengan yakin dan menanti warna kehijauan muncul di skrin monitor!
