2 minggu dengan Forex
- 3 Comment
Rasanya sudah 2 minggu lebih aku bermain dengan Forex, aku membaca dan mengkaji apa sahaja yang belum terungkai melalui bertanya dengan mereka yang berpengalaman, membelek forum dan membaca ebook English dan Melayu.Dalam masa ini aku masih lagi tidak mampu untuk membaca pergerakan trend dan perubahan yang akan berlaku. Aku masih lagi mencari teknik yang sesuai untuk memudahkan aku mengharungi dunia Forex dengan tenang.
Aku meletakkan matlamat aku 2 minggu lagi untuk mengkaji dengan bersungguh-sungguh untuk memahami trend pasaran disebabkan selepas ini aku tidak mempunyai banyak masa untuk memikirkannya sepenuh masa berikutan kuliah yang perlu diutamakan.
Sekarang ni pun aku masih lagi sibuk mengatur perjalanan majlis gabungan walimah kawan aku dan akikah yang akan dilaksanakan pada hari Khamis ni 22/2/07, orang dah lantik kita jadi Pengarah jadi kenalah beri komitmen yang padu untuk kemeriahan majlis dan kegembiaraan semua pihak.
Random Posts
3 Comments on this post
Trackbacks
-
Ibnu Ali said:
Bagi orang ramai yang ‘naif’ dan bukan ahli agama, apakah asas utama yang perlu diketahui sebelum menceburi sesuatu bidang pelaburan supaya ia menepati syariat dan diterima oleh Islam?
Saya suka mengingatkan masyarakat kata-kata Khalifah Umar Al-Khatab:” Jangan kamu masuk dalam pasar kami, kecuali kamu sudah faham hukum agama tentangnya.” Ini bukan bermaksud tak boleh beli sayur atau susu di kedai.
Maknanya, kamu jangan masuk bab-bab kewangan yang keliru dan kompleks kecuali sudah faham bab hukum seperti MLM dan pelaburan internet yang kompleks dan rumit serta penuh dengan helah dan gharar.
Kedua, untuk memudahkan orang awam ialah sesuatu pelaburan asasnya tidak boleh ada riba. Riba ini panjang isunya dan pelajarannya di universiti ada yang mengambil masa satu semester untuk memahaminya.
Yang ketiga ‘Gharar’ iaitu ‘uncertainty’ (tidak jelas/ tidak pasti). Sebagai contoh pelaburan internet yang tinggi unsur ghararnya kerana tiada sebarang kontrak dibuat, semuanya bergantung kepada laman web. Seseorang itu masuk dan bayar melalui internet kemudian tunggu level atau ‘kakinya’atau ‘downline’ keluar di situ. Bagaimana kalau laman web itu hilang? Maka, jadinya ’sekian terima kasih lah kot’(ketawa).
Ada individu yang hubungi saya dan sebut bahawa “pelaburan internet yang saya sertai ini tidak mempunyai sebarang kontrak atau sebarang perjanjian dengan pelaburan internet tersebut, maka kalau berlaku sesuatu, saya reda ditipu”. Mana boleh begitu. Semua bergantung kepada internet, hilang sahaja laman web itu, habis. Inilah gharar, dan Allah sebut dalam al-Quran agar jika berhutang kena tulis, ia termasuk hal ehwal urusan kewangan yang besar-besar seperti pelaburan. Maka mesti ada perjanjian dan kontrak.
March 28th, 2007 at 10:27 pm -
Hadid said:
Adakah kita layak terus menghukum sesuatu keadaan tanpa menyelidiki dengan mendalam berkaitan hal tersebut? Pelaburan internet cukup luas untuk diperbahaskan dari segi hukum dengan mengaitkan isu semasa sekarang ini dan juga pelaburan yang telah dibuat oleh bank-bank malaysia termasuk ASN dan ASB yang boleh dikatakan semua orang memiliki akaunnya.
Adakah kita golongan agama tidak boleh memasuki pasar ini dengan mempelajari selok belok keadaan pasar tersebut bertujuan untuk membuka mata semua pihak dengan penglibatan golongan yang serius golongan yang belajar agama.
Jangan terus terjah dengan minda diluar kawalan tetapi mengkaji dengan teliti istilah-istilah yang dibangkitkan.
March 29th, 2007 at 12:28 am -
Ibnu Ali said:
Haa, ape plak tak layak? Dah belonggok kitab belajar, la ni duk tolak tepi jer ke?
dah masuk baru kaji ke? atau kaji dulu baru masuk?
Majlis mufti pun dah keluar fatwa pelaburan internet haram. Boleh jer nak jernihkannya semula, just pusing ikut syarak semula.
“kalau nak dunia, dengan ilmu, nak akhirat juga dengan ilmu, nak dua2 sekali juga dengan ilmu”
Aku sebagai sahabat,ini sahaja yang termampu. Dunia globalisasi kini makin mencabar iman, atas kita usaha atas sesuatu.
May 15th, 2007 at 10:52 am
