Bukan setiap masa sesuai untuk trade
- 0 Comments
Semakin lama bermain Forex semakin kita tahu akan selok belok dunia memorex ini. Bagi aku kehidupan sebagai pemorex sungguh teknikal sekali yang mana perlu memahami betul-betul trend pergerakkan harga dan menganalisis graf dengan baik sebelum mengambil keputusan untuk membuka post.Peluang biasanya selalu ada untuk kita mendapat profit tetapi perlu diingat bukan setiap masa merupakan masa yang sesuai untuk trade. Selalunya kita akan teruja dengan pergerakan harga yang menyebelahi kita berdasarkan analisis yang telah kita buat dengan merasakan itu adalah masa yang sesuai untuk kita membuka sebanyak-banyaknya post untuk trade tanpa kita sedari bahawa trend tersebut tidak selalu akan betul dengan jangkaan kita.
Walaupun memang kita telah mengikuti trend semasa membuka post tetapi pergerakan harga mengundur sedikit sebelum pergi lagi ke hadapan selalu akan membuatkan kita cemas jika mempunyai modal yang kecil yang tidak dapat menghalang margin call diberikan kepada kita.
Sebab itu lah aku disarankan oleh guru aku supaya menggunakan hanya 10% sahaja dari keseluruhan modal, ini untuk mengelak kita tidak kehabisan semua modal jika harga tersebut akan mengundur sedikit sebelum mencapai sasarannya.
Tunggulah signal dari teknik yang kita pakai dengan menganggap indicator tersebut adalah sebagai bos kita dalam memorex, jika kita melakukan pekerjaan tanpa disuruh bos kita nanti salah atau tidak betul tentu akan dimarahi bos kita!
Perlu diingat bukan setiap masa adalah masa yang sesuai untuk kita mendapat keuntungan tetapi dengan berdisiplin iaitu sanggup menunggu masa yang sesuai untuk membuka post akan menjadikan kita seorang trader yang berjaya selamanya.
