Perihal sahabat-sahabat
- 0 Comments
Sahabat-sahabat aku sering bertanyakan aku apa yang aku telah buat selama ini, memandangkan aku tidak lagi bersama-sama mereka berforum dan berbalas email dalam Yahoo Group yang mana sebelum ini aku sering berceloteh ntahapatah.Aku sebenarnya tidak mahu mereka tahu yang aku sangat sibuk bergelumang dalam dunia Forex..hohoho…Aku pun tidak tahu kenapa aku sangat berminat dengan Forex, nak kata mudah mempelajari Forex tidak juga sebab ianya bukan senang tapi boleh dikatakan setiap hari aku akan membaca apa sahaja berkaitan Forex.
Apa sahaja yang terjumpa aku akan terus melekat untuk mengkaji dengan mendalam lagi sesuatu benda baru dalam Forex walaupun aku sekarang ini bukan lagi expert bab ni tapi alhamdulillah aku dah mula faham selok belok dalam bermain Forex.
Forex termasuk dalam bab muamalat yang mana memang memeningkan kepala dalam mengaplikasikan benda baru ini dengan bab-bab yang terdapat dalam kitab. Aku mempunyai matlamat untuk memahirkan diri aku dalam urusan muamalat ini dan boleh menterjemahkan ke dalam kehidupan seharian.
Perkara jual-beli, simpanan duit dalam bank, musyarakah termasuk pelaburan memang benda yang rumit untuk dihadam tidak hairanlah berapa kerat saja yang dapat memahami dengan mendalam berkaitan muamalat ini.
Pelaburan khususnya memang sudah menjadi sebati dengan masyarakat kita bermula dengan penyimpanan duit dalam bank yang digunakan oleh pihak bank untuk melabur untuk projek-projek yang mendatangkan keuntungan sehinggalah kepada pelaburan untuk sekecil-kecilnya.
Aku sungguh tertarik dengan kesungguhan seorang ustaz yang telah lama berkhidmat untuk membetulkan keadaan masyarakat dengan melibatkan diri dalam dunia perbankan berteraskan Islam dan juga kenyataannya berkaitan isu pelaburan internet khususnya. Beliau telah membuka mata masyarakat dengan mendedahkan permasalahan-permasalahan yang timbul dalam pelaburan internet.
Ustaz Zaharuddin memang tidak asing lagi dikalangan masyarakat kota, beliau sering dijadikan rujukan dalam permasalahan muamalat yang bersandarkan Islam, tugasnya di pejabat diterapkan ke alam realiti bukan hanya bermain teori semata-mata. Pakar ekonomi Islam tidak ramai masa sekarang berbanding dengan mereka yang mahir dalam soal ibadah dan sebagainya.
Pengkajian golongan agama dalam bidang ini dengan menggabungkan dengan waqie semasa diperlukan untuk menjernihkan keadaan di negara kita kelak, bukan dengan bersifat terus membidas tanpa soal selidik dengan berfikiran kolot menidakkan keupayaan golongan agama dalam mengakaji benda ini.

