Internet sebagai alat

12:28 am Perniagaan Internet

Dalam perniagaan tradisional biasa kedai memainkan peranan penting untuk menarik perhatian orang ramai supaya mengunjungi dan masuk kedalam mencari apa yang diingini. Kalau kedai tersebut cantik dan disusun teratur barangan di dalamnya sesiapa sahaja yang memandang akan tertarik dan jika dia membeli barangan kita dan berpuas hati mesti secara tak langsung akan menaikkan nama kita selaku penjual yang mana pelanggan tersebut akan menceritakan kepada rakan dan kenalan yang lain.Begitu juga dengan perniagaan internet laman web atau situs kita inilah yang akan menjadi kedai tempat letak barang kita tidak kiralah samaada yang digital atau fizikal. Laman web yang dibangunkan dengan kesungguhan dan grafik yang menarik akan menyedapkan pandangan orang yang melihatnya. Berbeza dengan laman web yang tidak disusun rapi dan menggunkan warna yang tidak sesuai akan membuatkan pembaca(pelanggan) terus menjeling tanpa menoleh pun.

Laman web ini bergantung sepenuhnya pada talian internet kita. Kalau talian baik kita akan selesa mengendalikan kedai maya kita tapi jika timbul masalah kepada talian internet memang akan menjejaskan malah perniagaan kita tidak boleh berjalan langsung. Macamana seseorang hendak menjalankan perniagaan melalui internet jika talian selalu bermasalah.

Jika kita hendak serius menceburi bidang ini kita wajib memandang serius perkara ini. Sambungan internet yang baik menjadi alat untuk kita berkomunikasi dengan pelanggan dan menghantar barangan kita dan menjalankan aktiviti lain. Jika alat yang kita punyai tidak cukup ampuh atau kuat serta canggih untuk menampung kedai kita pasti perniagaan kita susah untuk berkembang dan maju seperti orang lain.

Random Posts

Leave a Comment

Your comment

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.