Kelebihan perniagaan internet
1. Tiada Batasan Masa
2. Bekerja di Rumah atau dari Cybercafe
3.Tidak perlu lesen Majlis Tempatan
4. Tidak perlu pejabat
5. Tidak perlu berjumpa pelanggan
6. Kos yang sangat murah.
7. Hampir semuanya automatik
8. Risiko rendah
9. Anda mempunyai lebih masa bersama keluarga
10. Pendapatan dalam matawang asing
11. Tidak perlu pinjaman bank
12. Tidak perlu menyimpan stok secara fizikal
Apakah produk yang laku di Internet?
Apakah produk saya boleh dijual di Internet?
Soalan yang kerap ditanyakan oleh bakal-bakal usahawan internet, sudah tentu, kita agak nervous sekiranya usaha kita tersadai begitu sahaja sebelum nampak hasilnya. Secara jujurnya pembaca sekalian, tiada produk yang tidak boleh dijual di Internet.
Yang menentukan sama ada sesuatu produk itu boleh mendatangkan untung atau tidak, adalah sistem pemasarannya.
Betapa hebat produk itu, tanpa sistem pemasaran yang mantap, dan sales letter yang menggiurkan, jualan anda pasti sepoi2 sahaja. Tidak kencang.
Baiklah,ada 3 perkara yang perlu anda pertimbangkan.
1) Adakah keperluan untuk produk tersebut?
2) Wujudkan pasaran yang cukup besar untuk anda?
3) Sanggupkah pelanggan membayar untuk mendapatkan
produk tersebut?
Jika jawapan kepada ketiga-tiga soalan tersebut adalah YA, maka harapan anda untuk berjaya di Internet adalah terang bak matahari bersinar.
Namun, jawapan dari diri sendiri belum tentu tepat saudara-saudari sekalian. Jadi anda perlu tahu cara bagaimana untuk mendekati bakal pelanggan anda dan “uji” mereka sedikit untuk mengetahui jawapan tersebut.
1) Lakukan survey di laman web anda/ forum/blog
Pastikan soalan anda pendek dan ringkas. Tiada siapa mahu membazirkan 10 minit utk orang lain dalam dunia moden hari ini.
2) Tolong semak dari mana pelawat datang ke laman web anda dan keyword apa yang dicari menyebabkan terjumpanya laman web kita.
Itu saja tips kali ini semoga bermanafaat.



Comments
No Comments
Leave a reply