Revolusi buku
- 0 Comments
E-book adalah singkatan bagi perkataan english ‘electronical book’ atau buku elektronik. Biasanya, ebook dimuatkan dalam bentuk fail pdf, kerana ia tidak mudah diedit & diubah sewenang-wenangnya. Ianya lebih mudah dibaca kerana hanya perlu membacanya di skrin komputer.Untuk itu, anda hanya memerlukan perisian Adobe Reader untuk membacanya. (Klik sini untuk mendownload perisian Adobe Reader) Biasanya perisian percuma seperti ini amat mudah dijumpai. Namun, jika tidak selesa juga, anda boleh print atau mencetak fail tersebut dalam helaian kertas. Untuk pengetahuan, penggunaan ebook telah pun mendapat tempat di seluruh dunia. Malah, di Malaysia, ebook mula mendapat tempat di hati masyarakat. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi perkembangan pesatnya.
Antaranya :
1. Sebahagian besar/ hampir semua komputer di dunia boleh membacanya.
2. Mudah di download dan mudah diedarkan ke seluruh dunia.
3. Kos yang murah untuk menghasilkan satu ebook, kerana ianya dalam bentuk soft copy, bukannya hard copy seperti buku biasa. Biasanya, buku biasa memerlukan kos yang tinggi kerana melibatkan kos menghasilkan kertas, kulit buku, kos print/ cetakan, pengedaran ke kedai-kedai buku dan sebagainya. Maka, yang dipentingkan di sini adalah isi kandungan bermutu yang mengandungi maklumat berguna.
4. Mampu Jana Wang Lumayan. Jika anda betul-betul serius untuk menghasilkan pendapatan melalui ebook, maka tentunya ia menghasilkan pulangan yang sangat lumayan, jika anda tahu caranya. Maka anda perlu menghasilkan satu laman web yang menjaga penjualan ebook anda, menjaga agen penjual (affiliate) dan memberi kepada para pelanggan produk/ perkhidmatan anda tanpa gangguan, yang mana sistem ini semua berjalan secara automatik, walaupun anda sedang nyenyak tidur di rumah!!
5. Malah, di samping itu, untuk menghasilkan wang lumayan melalui ebook juga, anda perlu menghasilkan e-book yang berkualiti dan belajar cara mempromosi produk anda.
p/s: Jika anda inginkan ebook berkaitan Forex dengan harga yang berpatutan terutamanya untuk newbies boleh dapatkan ebook Teknik Dan Panduan Mudah Bermain Forex di sini
