Ebook Kuasa Forex di kutuk dan di edarkan percuma dalam satu forum

8:10 pm Pelaburan

Entah apa yang telah dibuat oleh forumer satu forum tu, tak perlu saya sebut forum mana, kalau anda berminat dengan Forex mesti akan terbaca forum mereka walaupun tidak menyertai bersama berforum. Mereka ini dengan sewenangnya mengedarkan kepada khalayak umum ebook yang telah ditulis oleh Encik Nasir Kuasa Forex. Kalau bukan kerana ada sesuatu yang tak kena dalam dirinya tentu mereka tidak akan membuat benda ini.Bukan senang nak menghasilkan sebuah ebook yang baik tambahan lagi kalau rujukan dalam Bahasa Melayu kurang. Ebook yang berkualiti mesti mempunyai rujukan berdasarkan tulisan orang lain atau sistem yang dijadikan panduan dalam menghasilkan ebook tersebut. Pelajar peringkat P.H.D sekali pun akan membuat rujukan untuk menyiapkan tesisnya inikan pula hendak menghasilkan ebook sebegini.

Kalau lah betul Encik Nasir telah menciplak hasil karya orang lain (kalau betul) bukan begini caranya kita menghukum beliau. Mungkin beliau hanya membuat rujukan sistem tersebut menjadi lebih baik lagi dan bagi newbie apa yang terkandung dalam ebook beliau adalah maklumat yang berfaedah sekali tanpa perlu mencari sistem atau teknik yang sesuai untuk mereka. Dengan mencari sistem yang percuma tanpa panduan mungkin akan menyusahkan lagi newbie memahami pergerakan pasaran Forex. Masa yang digunakan untuk mencari juga dihabiskan begitu saja kalau tidak terus membeli ebook atau panduan yang telah dihasilkan oleh mereka yang berpengalaman.

Dari segi akhlak juga menunjukkan mereka yang terlibat dalam mengedarkan ebook ini secara percuma mungkin boleh dikatakan sebagai ’seorang yang tidak mempunyai akhlak yang baik’ kerana tidak mampu menyelami hakikat sebenar kesusahan yang telah dialami oleh tuan punya ebook.

Random Posts

Leave a Comment

Your comment

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.