Ubah Template
July 17, 2007 3:59 am Adsense, Teknikal BlogTemplate ni ambik kat mana dah x ingat masa tengah cari-cari template yang cun, dan buat sedikit ubah suai untuk nampak grand sikit dan template ni menyerupai template wordpress -Mezzo-. Memang cantik design template tu dan saya dalam proses untuk mengodek2 template wordpress menjadi template blogger.
Sekarang ni nak tumpu pada Adsense setelah tahu sedikit sebanyak berkaitan Forex walaupun belum expert tapi akan cuba memahirkan diri lagi selepas ini cuma sekarang ini ingin mendalami ilmu berkaitan Adsense sedalam-dalamnya.
Kebetulan masa tengah berforum dalam Wang Cyber sifu Adsense terkenal Syed Ikhwan membuka projek baru untuk mereka yang berminat mendalami ilmu Adsense dengan memilih 24 orang dari member Wang Cyber yang terawal mendaftar untuk mengikuti kelasnya, dan saya amat bertuah kerana dapat bersama-sama kelompok anak muridnya itu.
Sedikit sebanyak berkaitan projek ini, kami semua dikehendaki membuat satu blog dengan blogspot tidak kisah niche apa pun dan dikemaskini dengan sebaiknya dengan diberi contoh blog rujukan oleh Syed sendiri.
Selepas Syed berpuas hati dengan blog masing-masing kami dikehendaki membuat persiapan untuk Marketing pula tapi saya tidak boleh memberitahu tekknik yang digunakan oleh Syed kepada kami semua sebab ianya adalah rahsia..huhu dan ada thread khas yang diwujudkan oleh Shuth untuk projek ini yang mana orang yang tidak berkenaan tidak boleh access thread tu.
Apa yang dapat saya sebut memang teknik yang digunakan oleh Syed memang betul-betul menjadi buktinya akaun adsense saya dah pun menunjukkan hasil. Walaupun ciput jer earning today tapi ianya boleh membuatkan saya bersemangat untuk bersungguh-sungguh lagi selepas ini.
p/s : Tahukah anda sekarang ini site Bahasa Melayu juga boleh diletakkan Adsense seperti site saya kat atas tu tapi saya tidak tahu akaun anda sudah approved atau tidak!

