Lama tak updated blog
Last exam pada 3 dan 5/9/07 nanti membuatkan tidak cukup masa untuk mengadap pc setiap masa. Memang saya akan online tetapi hanya sekejap-sekejap itupun untuk membaca forum dan berita-berita semasa.
Semakin hari dirasakan umat begitu parah dengan masalah-masalah yang berlaku khususnya berkaitan agama. Sindrom yang dibawa orang barat dibawa ke masyarakat tanpa mengendahkan sensitiviti orang lain.
Begitu banyak kisah dan peristiwa akhir-akhir ini yang berlaku tidak mampu dibendung seorang diri dan pantasnya bergerak tidak terdaya ditangkis oleh kita.
Movie ‘Evan Almighty’ yang terang-terangan menghina Nabi Nuh dilakonkan setelah berjaya membuat filem ‘Bruce Almighty’. Sikap barat yang sememangnya ingin mempermainkan agama Islam tidak patut disokong oleh umat Islam sebaliknya mestilah memberikan amaran kepada mereka bahawa kita umat Islam tidak akan memaafkan tindakan mereka walau sedikitpun.
Begitu juga dengan rakaman gambar yang diambil oleh pelajar vet dengan mesranya dilihat memeluk anjing dan babi begitu jenhkel dan janggal bagi masyarakat kita. Apa tujuan hendak bergambar sampai begitu sekali ? Seolah-olah ingin memberitahu dunia bahawa aku boleh juga bermain-main dengan anjing dan babi walaupun bertudung litup.
Tidak haram menyentuh anjing dan babi tetapi mestila disamak jika tidak berlapik dan basah tetapi tindakan bergambar sedemikian rupa akan menimbulkan fitnah yang lebih besar lagi kepada mereka yang tidak mempelajari agama dengan melihat kita dengan sewenangnya boleh memegang anjing dan babi walaupun untuk suka-suka dan bergambar.
Lagi kisah seorang pelajar UIA yang terang-terangan memperlekehkan sekolah agama dengan mengatakan jiwanya terkongkong kerana belajar disekolah agama sebelum ke matrikulasi. Bila menjejakan kaki ke pusat pengajian tinggi barulah dia sedar bahawa boleh bebas untuk melakukan apa sahaja.
Betapa kebejatan sosial dan nilai agama masyarakat perlu diperbetulkan dan diperbaiki dengan sungguh-sungguh memandangkan peristiwa-peristiwa yang berlaku begitu pantas bergerak meredah arus kemodenan.



Comments
No Comments
Leave a reply