Archive for September, 2007

Ramadhan Karim !

Ramadhan sudah hampir menemui kita kembali, lebih kurang seminggu lagi umat Islam akan menjalani ibadah yang begitu dinanti-nanti disebabkan kemurahan pahala dan keberkatan yang terdapat di dalam bulan ini. Begitu pantas masa berlalu rasanya baru sahaja selesai menjalani ibadah puasa tahun lepas sekarang ini sekali lagi kita akan menyambut bulan yang penuh berkat ini.

Puasa yang telah difardhukan kepada umat-umat sebelum kita walaupun kaifiatnya berbeza tetapi matlamat adalah sama - moga-moga jadi lebih bertakwa - merupakan hadaf kita menjalani puasa. Takwa dalam erti kata umum kita menurut semua perintah Allah dan meninggalkan segala larangannya perlu diterapkan dalam diri kita untuk mencapai redha Allah.

Nikmat yang kita kecapi selama ini tidak mampu untuk membayar harganya kepada Allah, bermula dari udara yang kita gunakan untuk bernafas, makanan yang menjadi rezeki kita dan segala-segalanya merupakan nikmat yang tidak kita hitung nilainya kepada Allah. Jadi alasan apakah lagi yang membuatkan kita semua tidak mahu bersyukur dengan nikmatnya.

Sebagai tanda bersyukur kita hendaklah mengikuti segala perintah Allah dengan hati yang ikhlas tanpa ada rasa campuran sifat-sifat yang tidak elok. Perintah puasa misalnya merupakan ujian yang nyata diberikan kepada kita untuk melihat sejauh mana kita mampu mengharungi puasa dengan sebenar-sebenarnya.

Puasa yang mengikuti kehendak Allah adalah puasa yang disertai dengan hati yang ikhlas semata-mata kerana Allah tanpa kita kerjakan kerana malu atau terikut dengan perbuatan orang sekeliling. Perasaan kecintaan untuk menyambut puasa juga patut disemai dalam hati bukannya dengan menyambut Ramadhan dalam keadaan terpaksa.

Untuk puasa tahun ini saya mengajak pembaca-pambaca blog ini ( tu pun kalau ada..huhu ) untuk sama-sama kita bersedia untuk menyambut kedatangan Ramadhan yang mulia ini dengan berdoa - Allahuma balli’gna ramadhan - banyak-banyak supaya kita akan sempat berjumpa dengan bulan Ramadhan tahun ini dan sama-sama memperbanyakkan amal ibadah dibulan yang keberkatan dan kemurahan pahala ini.

p/s: Puasa tahun ini nak sambut kat Kaherah sebulan penuh dan nak bercuti sebulan trade Forex dan biz yang lain..Caiyo…