Mulakan dengan Bismillah!
- 2 Comment
Alhamdulillah hari ini saya sudah membeli domain baru untuk berblog setelah hampir setahun lebih menggunakan blogspot di http://zubaralhadid.blogspot.com Keputusan untuk menggunakan domain sendiri dengan menggunakan nama saya dah lama saya fikirkan tapi baru sekarang dapat dilaksanakan setelah saya mula menjana duit melalui internet.
Fokus saya adalah untuk memperkenalkan cara-cara menghasilkan income melalui internet kepada student Mesir dan sekaligus menolak dakwaan mereka yang pelajar agama tidak mampu bersaing dengan mereka diluar sana walaupun berstatus agamawan.
InsyaAllah saya akan mendedahkan satu persatu sambil memajukan diri sendiri dan juga menambah maklumat berkaitan strategi internet networking kepada diri sendiri. Mungkin di sana akan timbul pro dan kontra oleh mereka yang tidak faham dengan jana duit melalui internet dan saya akan sedaya upaya kemampuan yang terbatas untuk meleraikan permasalah ini.
Dengan status saya yang sudah pun berjaya menamatkan pelajaran di sini memudahkan saya untuk mengkaji dan menyelidik segala sumber pendapatan dari segi baik, buruk dan juga status kedudukan sumber income berlandaskan syariat.
Apa yang saya ingin tekankan di sini diharapkan kepada pembaca blog ini janganlah cepat melatah jika terdapat sesuatu yang bercanggah dengan pegangan selama ini tetapi hendaklah menyelidik dahulu supaya tidak timbul perkara yang diingini contohnya jika saya katakan salah satu sumber pendapatan melalui internet adalah dengan ‘ADSENSE’, jangan pula kita cepat mengatakan Adsense adalah tidak halal sebaliknya kita hendaklah siasat, kaji dan bertanya dahulu kepada yang lebih arif dan membandingkan pula dengan pandangan Islam.
Mungkin saya tidak akan sempat untuk updated setiap hari blog ini tetapi InsyaAllah sekali seminggu atau dua kali seminggu akan saya updated dengan maklumat-maklumat yang berkaitan jana duit melalui internet, realiti atau fantasi jika disertai oleh agamawan.
Random Posts
2 Comments on this post
Trackbacks
-
Labanon said:
Alhamdullilah akhirnya dapat juga bro berpindah ke blog berbayar dengan selamat hehehe.. apa2 pun tahniah di atas pelancaran blog ini.
Teruskan usaha anda
December 9th, 2007 at 12:37 pm -
Rosli said:
Hebat, teruskan usaha anda. Peluang berniaga di internet memang cukup luas. Hanya kita perlukan ketekunan dan dedikasi untuk berjaya.
December 10th, 2007 at 4:08 am
