Dec 9 2007

Jual kuih pau melalui internet

Kuih Pau

Internet merupakan medium yang cukup berkesan untuk menjalankan promosi terhadap perniagaan kita. Tidak kira perniagaan kita berbentuk fizikal atau digital. Maksud perniagaan berbentuk digital adalah seperti kita menjual ebook ( electronic buku ), software atau program untuk apa-apa saja manakala perniagaan berbentuk fizikal adalah apa saja barangan yang berat-berat seperti kereta, cermin mata, ubat-ubatan hatta kuih pau sekali pun.

Semasa membaca forum Wang Cyber terbaca thread ini yang dimulai oleh saudara Zulfadli a.k.a Smartusaha. Wanita yang bernama Musringah Ismon berjaya mengaplikasikan penggunaan internet untuk perniagaan kuih paunya. Dia yang mengiklankan perniagaan melalui internet dan akan menghantar tempahan yang diterimanya.

Lagi berita berkaitan boleh dibaca di Berita Harian dan portal Idesa yang menceritakan kerajaan sedia membantu mereka yang ingin mengembangkan perniagaan melalui kaedah promosi internet.

Sememangnya tidak rugi kita mempelajari cara-cara untuk menambah pendapatan melalui internet, jika seseorang mempunyai apa sahaja perniagaan di peringkat offline boleh terus mencuba pendekatan promosi melalui internet. Bukan sahaja barang makanan malah kayu kokka pun di jual secara online. Cuba buka web jualan dia, tuan punya web perniagaan tersebut mengambil terus kayu kokka dari kilang di Mesir dan saya pernah menghantar emel bertanyakan dekat mana kilang tersebut dan dia mengatakan terletak di kawasan Hussin.

Tengoklah mereka pandai untuk merebut peluang sedangkan kita sendiri pun tidak terfikir. Lagi contoh yang ingin saya bawakan adalah perniagaan minyak lintah pun dipasarkan melalui internet. Bukan untuk mengarut tetapi sekadar ingin membuka minda pembaca bahawa apa saja barangan yang boleh dijual atau dengan kata lain boleh laku cuba lah pasarkan melalui internet.

Di Mesir ini memang terkenal dengan ubat-ubatan dan dan segala macam barang yang boleh menarik perhatian pembeli, cuma kita sahaja yang kena pandai untuk memberi suntikan baru kepada proses jualan tersebut.

Related Posts with Thumbnails

Random Posts

TAGS:

LEAVE A COMMENT

Subscribe Form

Subscribe to Blog

Spam Protection by WP-SpamFree

Sila masukkan email anda jika anda ingin post-post terkini dihantarkan terus ke email anda:

Delivered by FeedBurner

Sponsored Link

What I'm Doing...

Posting tweet...

Powered by Twitter Tools.