Blog niche

Blog merupakan satu alat atau tool untuk menyampaikan maklumat berkaitan apa sahaja yang ingin diceritakan oleh tuan punya atau berdasarkan tujuan asal blog tersebut diwujudkan. Kalau kita selalu mencari maklumat di internet kita pasti akan terjumpa dengan web yang sentiasa diupdated dan biasanya dalam bentuk post yang panjang iaitu blog.

Sebenarnya blog-blog yang dibangunkan oleh seseorang mempunyai ciri-ciri yang tertentu atau di panggil sebagai ‘niche’. Niche inilah yang akan menentukan hala tuju blog tersebut dan berkait rapat dengan pengunjung yang datang untuk melawat.

Antara niche blog yang kita sering jumpa adalah yang berbentuk diari peribadi atau dengan kata lain blog tersebut menceritakan kisah hidupnya yang dilalui sehari-hari. Dari sekecil-kecil peristiwa hinggalah sebesar-besar peristiwa ianya akan tercatat dalam blog tersebut sebagai kenangan baginya.

Niche blog yang berbentuk perjuangan atau dakwah juga memenuhi alam maya ini, dari pemimpin sampailah kepada ahli pasti kan mempunyai blog untuk memberitahu aktiviti mereka kepada orang ramai supaya mudah mereka mengetahui perkembangan terbaru pimpinan mereka. Di samping pemimpin tersebut boleh menjalankan dakwah secara lebih global lagi dengan target mereka bukan hanya golongan tertentu tetapi merangkumi semua lapisan boleh memahami apa yang ingin disampaikan oleh blogger tersebut. Antara contoh blog ini adalah blog Ustaz Nik Abduh dan Ustaz Nasaruddin Tantawi dan lain-lain.

Ada juga blog yang dibuat oleh syarikat-sayrikat tertentu untuk memasarkan mengiklan barangan mereka sekaligus memasarkan ke peringkat yang lebih luas. Niche blog yang menjurus ke arah mencari pulangan atau menarik orang ramai supaya mengenali mereka untuk memudahkannya menjual barangan miliknya atau milik orang lain di panggil sebagai blog yang berniche perniagaan.

Niche perniagaan atau blog yang boleh buat duit inilah yang kebiasaannya dibangunkan oleh mereka yang ingin menjalankan perniagaan tidak kira berbentuk online atau offline yang mana dengan blog tersebut blogger terbabit dapat berkomunikasi dengan pelawat atau istilah nya pelanggan dengan lebih dekat lagi.

Antara yang terawal di Malaysia adalah Dr Irfan Khairi, Team SaifulSham, Zul Smartusaha, LiewCf, Gobala Krishnan, Kidino, Mohd Suhaimy, Alang dan lain-lain (maaf tidak sebut semuanya) merupakan antara perintis kepada perkembangan blog yang berniche perniagaan.

Apa yang saya perhatikan kebanyakkan dari mereka tidak selalu mengupdated blog mereka kecuali saudara Zulfadhli yang hampir setiap hari mengupdated blognya, tetapi dalam masa seminggu atau kurang pasti akan ada maklumat berkaitan informasi perniagaan yang akan dimuatkan oleh mereka. Dan hampir kesemuanya menggunakan wordpress sebagai pilihan dalam berblog termasuk juga saya :)

Kalau ditanya apa niche blog kau ni Haris…saya akan jawab…Niche blog ni ialah ‘Internet Oh! Internet’ lol..apa tu?? Ye ler..Pasal internet le..Sebabnya saya minat giler dengan internet..Apa-apa saja pasal internet saya minat…huhu..

p/s: Kalau anda ingin memiliki blog sendiri tidak kira yang free atau berbayar hubungi saya melalui komen dibawah atau boleh membeli pakej kit blogger yang ditulis oleh saudara Zulfadhli (klik sini)

Related Posts with Thumbnails

Random Posts

Comments (2)

Maizul

December 14th, 2007 at 1:00 am    


Haris saya nak kongsi pendapat sikit. Apa yang saya perhatikan blog yang takde niche (macam-macam cerita/rojak) mendapat lebih ramai penggunjung. Ada yang dapat sampai PR4 tapi tabik la kat smartzul yang mempunyai blog niche yang mempunyai PR4.

Haris

December 19th, 2007 at 10:24 am    


Terima kasih bro Maizul sudi melawat..

Alahai saya x perasan ada komen..hari tu rasa dah buang moderate tapi tah nape ada plk..kalau ikutkan bila seorang tu dah kenal kita sape tentu dia akan datang mengunjung..betul tak..ye ler untuk tahu perkembangan kita..tapi saya rasa penarik kita tu yang menentukan blog kita dilawati ramai orang :)

Leave a reply

Name *

Mail *

Website