Daging unta dan GPRS!
December 24, 2007 6:25 pm Rencah KehidupanHari raya AldilAdha kali ini saya berpeluang untuk menikmati daging unta setelah 2 tahun lebih berada di Mesir..huhu..Daging unta ni kalau nak ikutkan sama jer macam daging lembu tapi saya rasa dia lebih lembut sedikit berbanding daging lain.
Kat Mansurah ini tiada orang jual daging unta, kalau ada pun dekat Zaqaziq atau Damanhur itupun mahal rasanya. Tak pernah pula beli tapi lepas dapat rasa kat Kaherah baru in terasa macam nak makan jer..Ada sesape dari Malaysia yang nak try daging unta boleh hubungi saya..nanti saya postkan
Pergi Kaherah sempat berjumpa dengan Nain, apalagi suruh dia tolong daftarkan GPRS untuk henset saya. Pakai line Vodafone ini susah ler nak setting, dah telefon operator tapi silap mana tak tahu tak boleh connect pulak.. Fikir punya fikir baik beli simcard baru, terus saya beli simcard Etisalat dan yang bestnya masuk je simcard terus jalan GPRS.
Apa lagi test buka google.com dan lain-lain..owh tidak sia-sia saya beli simcard Etisalat baru yang berharga LE 15 ( RM 8++ murah jer…) Etisalat ini kira syarikat baru la kat Mesir ni yang ingin bersaing dengan Vodafone dan Mobinil.
Memang seronok dapat pakai GPRS sebab boleh cek emel gmail, sebab semua urusan penting-penting seperti pembelian buku dan lain-lain saya forward ke emel gmail , mudah sikit nak tahu kalau ada pembeli atau apa-apa saja. Cuma sedih tidak boleh nak cek Adsense sebab tidak boleh login, kena ada javascript apa tah..
Apa pun saya rasakan ianya satu perkembangan kepada diri saya untuk terus maju dalam ebiz dengan mengunakan khidmat GPRS ini, kat sini dia potong LE 1 untuk sehari. Kat Malaysia berapa yer?
p/s: masih menunggu no MTCN untuk Western Union..bila ye agaknyer nak clear…

