Keahlian ekslusif Wang Cyber.com dan Adsense bulan 12 USD 369.44
January 3, 2008 7:54 pm AdsenseWang Cyber telah membuka penyertaan untuk menjadi ahli ekslusif untuk forum ini. Banyak kelebihan yang akan anda dapat kalau menjadi ahli ekslusif, antaranya :
- Ruangan perbincangan yang ekslusif di forum wangcyber.com yang hanya boleh diakses oleh ahli-ahli WC300 sahaja. Sudah tentunya, lebih banyak tips-tips serta rahsia-rahsia dalaman sesama ahli akan dikongsikan.
- Kotak PM yang lebih besar yang boleh memuatkan sehingga 1500 mesej. Amat sesuai untuk ahli yang banyak menjalankan urusan perniagaan di forum secara PM.
- Pengiklan Topik PERCUMA! . Ya!.. Ahli-ahli WC300 dibenarkan membuka topik di ruangan “Pengiklanan & Pemasaran” secara PERCUMA di forum WC. Tiada yuran sebanyak USD2 dikenakan untuk membuka topik.
- Diskaun 66% untuk topik sticky = hanya USD1 (harga asal USD3) sahaja untuk menjadikan iklan topik anda sticky.
- Diskaun sebanyak 66% untuk pengiklanan banner, hanya USD2.30 @ RM7 sahaja untuk pengiklanan banner selama seminggu bagi ahli WC300.
- Diskaun 70% untuk advertorial , hanya USD5 @ RM15 sahaja bagi setiap advertorial untuk ahli WC300.
- Cabaran WC yang menawarkan hadiah-hadiah menarik serta perkongsian “ilmu esklusif” , akan diadakan semula dan kini.. ia hanya terbuka kepada ahli WC300 sahaja.
- Diskaun-diskaun menarik bagi produk-produk WC yang akan datang seperti ebook, t-shirt, seminar dan sebagainya
- Peluang-peluang JV yang lebih besar sesama ahli.
- Jemputan untuk menyertai perjumpaan secara tertutup dan juga gathering sesama ahli WC300.
Founder hanya menghadkan kepada 300 orang sahaja untuk menjadi ahli. Keahlian bagi 100 pertama adalah RM 37 sahaja ( saya pun termasuk
) tetapi ahli ke 200 sampai 300 bayarannya RM 47.
Tidak rugi menjadi ahli ekslusif Wang Cyber ( WC300 ) sebab banyak sekali kelebihannya di samping dapat menimba ilmu secara langsung dari sifu dan otai IM.
Bagi anda yang berminat boleh terus ke Forum tersebut untuk mendaftar sebelum keahlian ditutup.
———————————-
Alhamdulillah adsense bulan 12 mencapai target saya ( USD 350 ) target untuk bulan Januari adalah USD 500. Saya nyatakan target untuk memberi semangat kepada saya untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai target ini. Sebagaimana target bulan lepas saya telah sebut dalam private forum F2R.
Bukan untuk menunjuk-nunjuk pendapatan sebabnya orang lain banyak lagi berbanding apa yang saya dapat tetapi sebagai momentum untuk saya capai apa yang dimatlamatkan.
p/s: Kalau tukar ke RM USD 369 x 3.3 = RM 1217 dan kalau tukar ke duit Mesir USD 369 x 5.5 = LE 2029 banyak gak tu ![]()

