Selamat Tinggal Ardul Kinanah
- 9 Comment
Sayu rasanya ingin meninggalkan bumi yang banyak mengajar erti kehidupan yang sebenar kepada diri ini. Dari mula menjejakkan kaki ke sini telah tertanam dalam lubuk hati ingin menggali ilmu buat bekalan negeri abadi sebanyak mungkin tapi apakan daya diri ini tidak mampu mengutip mutiara yang bertaburan di sini.
Bumi yang penuh dengan ujian dan mehnah kepada sesiapa yang pernah tinggal di sini hanya dapat diungkap oleh penghuninya sahaja. Dari mula sampai sekarang tidak putus ujian yang menimpa yang sebenarnya ingin mendidik diri ini sifat sabar dalam bentuk praktikal bukan teori sahaja.
Kepada mereka yang dapat mengambil pengajaran kesusahan para Nabi yang pernah mendiami bumi ini akan merasa bertambah keyakinan bahawa semua ini tidak akan disia-siakan oleh Allah begitu saja malah akan dibalas dan diganjar dengan kenikmatan yang tidak mampu kita fikirkan.
Pengalaman dapat melihat sendiri masyarakat Arab bermasyarakat dan bermualamalat sesama kita dapat digambar hikmah Allah mengutus Nabi-Nabi kepada bangsa ini. Sifat keras, berani dan sebagainya yang berbeza dengan masyarakat Melayu dapat dilihat dalam pergaulan sehari-hari.
Selamat tinggal bumi Kaherah yang menjadi tempat pertama diri ini bermukim sementara. Hayyu Sabie’ dan Hayyu Asyir tidak akan akan dapat dilupakan. Bumi Tanta khususnya Siberbil menjadi saksi diri ini mengenal peri peritnya berada dinegara orang. Imarah Melayu, Masjid Umar Al-Khattab dan cyber cafe Figo dan lain-lain menjadi tempat diri ini menghabiskan masa mencari identiti diri.
Ujian yang menimpa disaat ingin menghadapi imtihan fasal kedua baru sekarang terserlah hikmahnya yang mana walaupun terpaksa mengulang tahun tetapi diri ini berbangga dapat menghadapi dengan tenang sekarang ini. Setelah keyakinan dibulatkan kepada Allah diri ini meneruskan hasrat untuk melangsungkan perkahwinan walaupun dilihat masih muda dan mentah.
Tetapi diri ini dapat membuktikan kepada semua orang yang keyakinan kepada Allah tidak dapat mengatasi segalanya. Allah tidak akan membiarkan hambanya terkapai-kapai sendirian setelah keyakinan ditanam kukuh. Buat apa risau tentang rezeki sebabnya kita sendiri pun Allah yang memberi rezeki apatah lagi isteri dan anak kita. Tetapi keyakinan yang tidak disandarkan dengan usaha adalah tidak tepat melainkan kita kena juga berusaha walau sedikit.
Perkahwinan telah membawa diri ini ke bumi Mansurah. Syarie’ Madrob menjadi tempat beradu kami selama hampir setahun 8 bulan mendiami teratak turun temurun ini. Di bumi Mansurah juga telah ditakdirkan untuk bertemu dengan pelbagai masyarakat baik Melayu dan Arab. Karenah mereka semua tidak mampu ditanggung dengan mujahadah yang sedikit malah memerlukan daya kekuatan yang padu dan jitu untuk menghadapi tabiat orang sekeliling.
Dengan niat yang suci dan ikhlas ingin membantu Bait Muslim telah menaikkan diri ini ke tempat yang tidak pernah terfikir dapat menjawatnya. Walaupun tidak dapat meneruskan kesinambungan Bait Muslim Mansurah tetapi diri ini bertuah dapat mempelajari banyak perkara khususnya dalam bermasyarakat.
Apakan daya Allah tidak mentakdirkan diri ini terus berada di sini bersama sahabat-sahabat lain. Keputusan mengejut untuk pulang ke Malaysia bukan kerana ingin lari dari memikul tanggungjawab tetapi komitmen lain yang lebih penting terpaksa diaulakan. Ibu bapa merupakan orang paling diri ini utamakan. Dari dulu sampai sekarang tidak pernah putus berdoa supaya Allah merahmati kedua ibu bapa sebagaimana mereka mendidik kita semasa kecil.
Pengalaman menjaga seorang anak telah membuatkan diri ini sayu mengenangkan pengorbanan mereka. Pulangnya diri ini ingin membalas segala jasa mereka sementara diberi peluang kerana tidak mahu menyesal tidak sempat berbakti semasa hayat mereka.
Selamat tinggal Syarie Madrob, selamat tinggal Dewan DPJA, selamat tinggal Suk, Selamat tinggal Muhafazah, selamat tinggal Sikah, selamat tinggal Gamaah dan semuanya..Entah bila kita akan dapat bertemu kembali.
Random Posts
9 Comments on this post
Trackbacks
-
olangbiaca said:
Asl….silaturrahim…….salam persahabatan, oh ya…pulang ke Malaysia ya pak ? moga berkah dan diamalkan apa-apa yg didapat di negeri rantau.
February 13th, 2008 at 5:02 am -
Al-Amin Daud said:
Salam..ni haris fadila yg ana kenal ke??kelate ke??nta sekolah maahad laki ke??pastu smbg kias..kalau salah harap maaf..syukran..
February 17th, 2008 at 1:31 am -
Al-Amin Daud said:
Laa nta doh.. ana agak dah.. guane nak kelik dah ni??nta hbs doh ko??ana duk mansurah gak ni.. xpernah jumpa nta sini.. nta duk kwsn mn??.. ana duk kat suq.. ust daing sekelas dgn ana..
Ana nak belajar dgn nta wat bisnes internet ni.. boleh?? ana berminat tp xreti la.. hebatla nta dah berjaya dlm bidang ni.. boelh jd jutawan kalau wat sungguh2..February 19th, 2008 at 5:49 pm -
Haris said:
Yup…ana dok kawasan syarie madrod tapi loni dok mesia doh

InsyaAllah kita berkongsi ilmu kepada yang berminatFebruary 19th, 2008 at 7:49 pm -
al-amin said:
enta ingat ana deh?kadet polis skali ke’.ana berminat to blur.xtahu nk starting kat mn.duk baca2 pun tarak faham mana daa.kalau enta boleh jd mentor ana ganah gak.hehehe.
March 11th, 2008 at 4:13 am -
al-amin said:
royat la ko ana mcmn nak starting.first step nk buat gapo?
March 11th, 2008 at 4:15 am -
Haris said:
Amin..boleh berhubung melalui emel ok
May 24th, 2008 at 9:01 am -
mad deen said:
salam..haris…pekobar?chat ko?kenal x sapo ni?huuhuhuhu….guano loni?lamo doh kawe duk nk kontek demo…ni pun terjumpa….klu demo ingt kawe..demo emel laa…ok..ghano haziq?chat molek ko?ok..wassalam….
May 25th, 2008 at 3:03 pm -
Haris said:
Salam, ambo sihat..sapo ni?ambo atar doh emel…pepun contact emel ye
May 26th, 2008 at 3:35 am
