Matlamat hidup kita
- 0 Comments
Dalam musim pilihanraya ini saya ingin mengajak pembaca blog ini, marilah kita sama-sama merenung kembali apakah matlamat hidup kita di atas muka bumi ini. Adakah kita hanya inginkan kesenangan di dunia sahaja dengan melupakan akhirat yang kekal abadi.
Kita semua kena ingat penghujung kepada kehidupan kita adalah kematian dan perkara ini semua orang akan merasainya sebab Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud ” Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian “. Setelah maut datang bertandang hanya amalan yang menjadi perhitungan jika baik amalan anda maka senanglah hidup anda tetapi jika buruk amalan anda sengsara yang berpanjangan akan anda hadapi.
Sebagai seorang Muslim kita hendaklah meletakkan Allah sebagai matlamat kita dalam mengharungi kehidupan didunia. Apa jua perkara pun kita tidak boleh membelakangkan Allah dalam keputusan yang kita buat. Ini merupakan tanda syukur kita kepada Allah kerana mengurniakan rezeki kepada kita dan melimpahkan kemewahan yang tidak terhitung olehNya.
Nikmat paling besar untuk kita adalah nikmat agama Islam dan Iman itu sendiri. Agama Islam yang kita anuti ini merupakan agama yang Allah telah redha untuk kita berpegang dengannya. Manakala Iman atau keyakinan dengan janji-janji Allah samaada kegembiraan atau azab Allah tersemat dalam hati kita.
Dengan menyokong perjuangan Islam bermakna anda telah mengikuti jejak langkah para Nabi-nabi dalam melaksanakan tugas mereka kerana tugas utama Nabi adalah menyampaikan perintah atau suruhan Allah S.W.T dan meyeru manusia supaya mentauhidkan Allah S.W.T dalam segala aspek.
Tetapi jika anda menyokong mereka yang memetingkan dunia semata-mata bermakna anda telah bersekongkol dengan mereka dalam melakukan maksiat khususnya dinegara ini. Dengan kekuasaan yang telah diberikan kepada mereka menyebabkan meraka dengan sewenangnya dapat melakukan kezaliman dan kemaksiatan kepada rakyat.
Berfikirlah dengan matang menggunakan akal yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T dan paling penting adalah kita kena ingat hidup kita tidak kekal selamanya dan apa yang ada di dunia adalah kesenangan sementara sahaja.
—————————————————–
Alhamdulillah Adsense bulan Februari mencapai target dengan mendapat USD 564 x 3.2 = RM 1804 tetapi tidak dapat mencapai yang bulan lepas. Takper lepas ni kena kerja kuat lagi.
