Archive for April, 2008

Belajar lelong barang!

Minggu lepas saya telah membuat pelaburan untuk diri sendiri berkaitan mencari duit secara online dengan membeli ebook saudara Noorizam.

Ebook Kuasa Lelong beliau amat padat dengan isi dan praktikal dan memang sesuai untuk newbie yang baru menceburi bidang lelongan.

Setelah membaca keseluruhan ebook saya terus membuat seperti apa yang terdapat dalam ebook beliau dan memang seperti yang diceritakan saya terus mendapat 2 feedback untuk meningkatkan reputation saya dalam ebay.

Saya bermula dengan www.ebay.com.my sebabnya tahun lepas saya sudah pun mendaftar untuk ebay ini cuma tak ada masa untuk selongkar dengan lebih mendalam.

Jadi tahun 2008 merupakan tahun untuk saya berjaya dalam ebay sepenuhnya. Setelah saya mengetahui berkaitan Forex dan Adsense sekarang saya akan fokus pada ebay pulak.

Fokus penting dalam mencari duit online, jika tahun lepas saya boleh fokus pada Forex dan Adsense jadi kenapa saya tidak boleh fokus pada ebay untuk kali ini.

Saya sudah pun mula melelong produk digital yang terdapat dalam komputer ini tapi belum mendapat perhatian lagi ni :) takper saya akan cuba memahami pergerakan pasar ebay dengan bermula sebagai pembeli dahulu sebelum melangkah serius menjadi ‘Power Seller’

JIka anda berminat untuk melelong atau berniaga melalui ebay boleh dapatkan ebook beliau dengan mengklik banner di atas atau klik sini

Kuasa Lelong

Satu kenyataan yang tidak dapat disangkal

Makin ramai internet marketer yang berjaya mendapat liputan surat khabar untuk menerangkan cara yang mereka buat untuk menghasilkan duit melalui blog.

Terbaru laporan yang dibuat oleh KOSMO 8 April yang menyiarkan blogger-blogger terkenal yang berjaya dalam bidang masing-masing khususnya dalam penghasilan buku. Promosi yang mereka lakukan adalah melalui blog yang mereka hasilkan sejak dulu lagi.

Antara yang berjaya adalah Shuhaimi atau dikenali sebagai Shuth, Ustaz Zaharuddin yang saya baru sahaja membeli bukunya -Wang, Anda Dan Islam- Irwan Dahnil dan ramai lagi.

Sebelum ini disiarkan dalam KOSMO berkaitan sifu internet marketer Malaysia Irfan Khairi yang dapat menjadi jutawan dalam masa 3 tahun walaupun bukan dengan tugas yang mudah, begitu juga Alang yang sudah pun menjadi full time dalam menghasilkan duit secara online.

Ini merupakan satu motivasi kepada saya untuk terus berusaha dan mencari ilmu berkaitan cari duit online, dan yang penting sekali kita minat dengan benda ini dan dengan minat inilah yang akan menjadi penggerak ke arah yang diingini.

Manusia selalu sibuk

Rasanya hampir 3 minggu tidak dapat updated blog ini. Internet masuk hari-hari tapi hanya untuk mencari maklumat berkaitan isu semasa sahaja.

Saya mendapat maklumat dari Wang Cyber yang mengatakan Ustaz Zaharuddin ada menyatakan bahawasanya jika kita tolong mengiklankan pinjaman konvensional yang terang-terang mengandungi unsur riba pada bank tersebut benda ini manjadi haram untuk kita mempromosikan.

Jadi bagaimana dengan penerbit-penerbit iklan Adsense yang menggunakan niche loan khususnya, ini kena kaji lagi dengan mendalam untuk mengelakkan kita terjerumus ke arahnya.

InsyaAllah selepas ini saya akan berusaha untuk mengkaji benda-benda yang berkaitan dengan mencari duit online dari segi hukum dan sebagainya supaya orang kita dapat membezakan mana yang baik dan layak untuk disertai.

—————————————————–

Adsense bulan 3 Alhamdulillah menyamai bulan lepas

Adsense Income Bulan 3