Satu kenyataan yang tidak dapat disangkal

6:01 am Cari Duit, Motivasi

Makin ramai internet marketer yang berjaya mendapat liputan surat khabar untuk menerangkan cara yang mereka buat untuk menghasilkan duit melalui blog.

Terbaru laporan yang dibuat oleh KOSMO 8 April yang menyiarkan blogger-blogger terkenal yang berjaya dalam bidang masing-masing khususnya dalam penghasilan buku. Promosi yang mereka lakukan adalah melalui blog yang mereka hasilkan sejak dulu lagi.

Antara yang berjaya adalah Shuhaimi atau dikenali sebagai Shuth, Ustaz Zaharuddin yang saya baru sahaja membeli bukunya -Wang, Anda Dan Islam- Irwan Dahnil dan ramai lagi.

Sebelum ini disiarkan dalam KOSMO berkaitan sifu internet marketer Malaysia Irfan Khairi yang dapat menjadi jutawan dalam masa 3 tahun walaupun bukan dengan tugas yang mudah, begitu juga Alang yang sudah pun menjadi full time dalam menghasilkan duit secara online.

Ini merupakan satu motivasi kepada saya untuk terus berusaha dan mencari ilmu berkaitan cari duit online, dan yang penting sekali kita minat dengan benda ini dan dengan minat inilah yang akan menjadi penggerak ke arah yang diingini.

Random Posts

3 Responses

  1. starline Says:

    Masyarakat dah buka mata tentang kepentingan internet di Malaysia.Bukan orang awam sahaja yang ada blog malahan menteri pun sudah mula bergiat aktif dalam blog.

  2. Haris Says:

    Tu la pasal…dulu bukan main bantai penulis blog…dia ingatkan kita ni aper…huhu

  3. starline Says:

    Aku ingat lagi diorang cakap penulis blog ni penipu la.Kena hentam cukup-cukup blogger ni.Last2 tengok sekarang siapa pulak yang memonopoli blog.Siap masuk TV lagi review blog.

Leave a Comment

Your comment

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.