Apakah benar engkau pejuang

Tindakan Ezam Mohd Noor yang memasuki semula parti UMNO yang telah ditinggalkan 10 tahun dulu membuka mata kita apakah benar dia seorang pejuang?

Jika dulu dia lantang mengkritik pimpinan kerajaan yang mengamalkan rasuah dan sanggup dipenjarakan kerana mendedahkan dokumen bertaraf OSA yang melibatkan Rafidah Aziz tapi sekarang tanpa segan silu dia mengumumkan untuk masuk semula ke dalam parti yang pernah dikatakan sebagai korupsi.

Adakah saudara Ezam ingin mengubah UMNO dari dalam sebagaimana yang telah dibuat oleh Anwar Ibrahim? Tidakkah dia melihat apa yang telah dilakukan kerajaan kepada Anwar Ibrahim dan dia sendiri yang bangkit melaungkan reformasi untuk keadilan kepada Anwar.

Atau Ezam sudah dibeli oleh Khairy untuk menjadi boneka kerajaan untuk menumbangkan Pakatan Rakyat? Apa pun tanggapan kita saudara Ezam tidak boleh kita jadikan sebagai contoh untuk bercakap mengenai perjuangan.

Bukan senang untuk menjadi pejuang yang tulen, yang tidak mementingkan diri sendiri dan meletakkan Allah dan Rasul dihadapan gerak geri kita. Mulut mudah untuk mengungkapkan ayat-ayat pembangkit semangat tetapi nilai ukurannya adalah apa yang diterjemahkan oleh diri kita sendiri adakah selari dengan apa yang diucapkan.

Masalah peribadi kita tidak boleh dijadikan penghalang dalam menegakkan kebenaran dan sekiranya Ezam mempunyai masalah peribadi dengan bekas bos lamanya Anwar Ibrahim tidak patut dia menggadaikan maruahnya sendiri dengan meninggalkan terus perjuangan yang disertainya.

Mungkin sumpah seranahnya terhadap UMNO ketika berceramah di pentas PAS memakan dirinya sendiri yang satu ketika dulu dia pernah diucapkan di hadapan Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat dan Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Dan adakah Ezam telah dilantik oleh Anwar untuk menjadi agen perosak kepada UMNO dari dalam dan akan di bantu oleh Anwar dari luar? Segala kemungkinan boleh berlaku biarlah masa yang menentukannya tetapi kita hendaklah berpegang dengan prinsip kita iaitu keredhaan Allah dan Rasul yang menjadi matlamat.

Marilah kita menghayati lirik lagu Apakah Benar Engkau Pejuang dari Qatrunnada :

Engkau ingin berjuang
tapi tidak mampu menerima ujian
Engkau ingin berjuang
tapi rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang
tapi tidak sepenuhnya
menerima pimpinan

Engkau ingin berjuang
tapi tidak begitu setia kawan
Engkau ingin berjuang
tapi tidak sanggup berkorban
Engkau ingin berjuang
tapi ingin jadi pemimpin
Engkau ingin berjuang
menjadi pengikut agak segan

Engkau ingin berjuang
tolak ansur tidak engkau amalkan
Engkau ingin berjuang
tapi tidak sanggup terima cabaran
Engkau ingin berjuang
kesihatan dan kerehatan
tidak sanggup engkau korbankan

Engkau ingin berjuang
tapi tidak mampu menerima ujian
Engkau ingin berjuang
tapi rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang
tapi tidak sepenuhnya
menerima pimpinan

Engkau ingin berjuang
masa tidak sanggup engkau luangkan
Engkau ingin berjuang
karenah isteri tidak engkau tahan
Engkau ingin berjuang
rumah tangga lintang pukang
Engkau ingin berjuang
diri engkau tidak engkau tingkatkan

Engkau ingin berjuang
disiplin diri engkau abaikan
Engkau ingin berjuang
janji kurang engkau tunaikan
Engkau ingin berjuang
kasih sayang engkau cuaikan
Engkau ingin berjuang
tetamu engkau abaikan

Engkau ingin berjuang
anak isteri engkau lupakan
Engkau ingin berjuang
ilmu berjuang engkau tinggalkan
Engkau ingin berjuang
kekasaran dan kekerasan engkau amalkan

Engkau ingin berjuang
pandangan tidak diselaraskan
Engkau ingin berjuang
rasa bertuhan engkau abaikan
Engkau ingin berjuang
iman dan taqwa engkau lupakan

Yang sebenarnya apa yang engkau
hendak perjuangkan??

Apakah Benar Engkau Pejuang - Al_Hadi Property

2 Responses to “Apakah benar engkau pejuang”


  1. 1 hazimi zaini

    inilah lagu yang mampu meningkatkan semangat juang kita…

  2. 2 Haris

    ye..isi kandungan yang memberi peingatan untuk pejuang :)

Leave a Reply