Minyak Oh! Minyak

6:34 pm Isu Semasa

Kerajaan masih lagi tidak sedar dengan kebangkitan rakyat dalam PRU baru-baru ini, antara perkara yang berbangkit di kalangan masyarakat semua kaum adalah berkaitan kenaikan minyak yang begitu mendadak sejak peralihan kuasa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi.

Kami tahu kerajaan telah memberikan subsidi kepada rakyat tetapi kami tahu juga bahawa subsidi tersebut memang perlu diberikan kepada kami sebabnya kerajaan sebagai ayah mesti akan membantu anak-anaknya. Malahan keuntungan yang dicatatkan Petronas sentiasa melambung tinggi berbillion-billion setahun.

Kami juga tahu kenaikan harga minyak mentah dunia juga naik sedikit demi sedikit sejak dari tahun 1970 lagi dari US$1,80 per barel hingga US$135 per barel tapi semua rakyat tahu negara kita adalah negara pengeluar minyak dan bekalan minyak yang terdapat dinegara kita yang masih belum diterokai juga masih luas contohnya di Pantai Senok, Kelantan.

Tapi kenaikan mendadak harga minyak pada kali ini memang betul-betul menyusahkan rakyat yang miskin. Dengan pendapatan yang rendah pasti kehidupan rakyat akan turut terjejas, kenaikan harga minyak akan turut memberi kesan kepada harga barangan lain kerana minyak petrol dan diesel digunakan untuk penghantaran dan pengangkutan barangan tersebut.

Kenaikan 0.78 sen menjadi RM 2.70 seliter petrol mungkin sebagai balasan kepada rakyat yang menolak UMNO dan Barisan Nasional dalam PRU ke 12 baru-baru ini dan mungkin juga untuk mengqada disebabkan pada tahun lepas tidak sempat untuk menaikkan harga minyak.

Cukuplah kerajaan membuat aniaya kepada rakyat Malaysia, kami semua mahukan keamanan dan keselesaan hidup dalam mencari redha Allah. Mahukah kerajaan melihat sekali lagi demostrasi oleh rakyat seperti yang berlaku pada tahun 2006?

Bangkitlah rakyat Malaysia menyuarakan pandangan, jangan biarkan golongan mewah terus dengan sikap sedemikian, mereka tidak lagi mahu membela dan memikirkan nasib golongan kurang berada asalkan perut boroi mereka terisi dengan harta kita!
——————————-

SEDIKIT INFO PASAL HARGA MINYAK DI MALAYSIA
sebelum 1990 - RM 0.89
Tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 – RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
Tengah Malam nih (05/06/2008) - RM 2.70 (kenaikan RM 0.78 )

Rakaman video demonstrasi membantah kenaikan minyak pada 10 Mac 2006 di KLCC

Random Posts

Leave a Comment

Your comment

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.