Isu minyak alih kepincangan Pak Lah
June 7, 2008 7:11 am Isu SemasaIsu kenaikan harga minyak sebenarnya ingin mengalih perhatian rakyat terhadap kepincangan yang dihadapi oleh kepimpinan Pak Lah. Dengan menaikkan harga minyak semua rakyat akan berbicara tentang minyak disebabkan minyak antara satu keperluan asas kepada rakyat.
Boleh dikatakan setiap rumah memiliki kenderaan samada motosikal atau kereta yang digunakan untuk berulang alik ke tempat kerja dan sebagainya, dengan kenaikkan yang begitu mendadak rakyat miskin akan memberontak kerana perbelanjaan seharian turut akan terjejas.
Kita menyaksikan sebelum kenaikan harga minyak diumumkan Pak Lah menerima tamparan yang hebat dari bekas PM dengan keluarnya Tun Dr Mahathir dari UMNO dan desakan supaya meletak jawatan dari Dr Mahathir menyebabkan Pak Lah tidak senang duduk begitu sahaja, itu lah antara sebab Pak Lah tergesa-gesa menaikkan harga minyak walaupun terdengar desas desus minyak akan dinaikkan pada Ogos tahun ini.
Pak Lah terpaksa melupakan seketika kemarahan yang akan dibangkitkan oleh rakyat asalkan semua rakyat berhenti dari membicarakan tentang kepimpinan beliau dengan menaikkan harga minyak, mungkin selepas rakyat reda dengan isu minyak barulah beliau akan menurunkan sedikit harga untuk menarik perhatian rakyat yang mana beliau memang memikirkan kebajikan rakyat.
Padahal apa yang dilakukan Pak Lah membuktikan lagi kepincangan dalam pimpinan beliau, kalaulah Pak Lah ingin memujuk hati rakyat terhadap kekalahan terbesar BN dalam PRU baru-baru ini sepatutnya dia akan menurunkan harga minyak dan cuba untuk membaiki kelemahan beliau.
Tengoklah belum apa-apa lagi rakyat sudah pun bangkit melakukan protes terhadap kenaikan harga minyak dan kebangkitan rakyat tidak dapat dibendung lagi dengan keadaan pimpinan yang tidak mahu memikirkan kebajikan rakyat.

