Pindah ke Kuala Lumpur
- 3 Comment
Malam ini saya akan bertolak ke Kuala Lumpur untuk mencari pengalaman kerja di sana di samping ingin mengetahui macamana kehidupan dibandar sana.
Dengan niat pertamanya ingin menyebarkan dakwah di sana dan memperbetulkan keadaan masyarakat dan mengajak manusia seluruhnya kepada menyembah Allah S.W.T dan mengikuti Nabi Muhammad S.A.W dalam gerak kerja seharian.
Yang kedua adalah saya ingin mencari peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Master dalam ilmu pengajian Feqah Muamalat yang saya rasakan bidang yang memerlukan lebih ramai pakar untuk memperingati orang ramai berkaitan masalah semasa.
Penceramah atau pendakwah yang berwibawa mesti dilengkapi dengan pelbagai pengalaman yang boleh diaplikasikan dalam seruannya, pengalaman ini tidak dapat dibeli melainkan dilaluinya sendiri untuk mengetahui selok belok perkara tersebut.
Pelbagai isu yang timbul menuntut kita berhukum berdasarkan ilmu dan bukan hanya menurut hawa nafsu semata-mata.
Begitu juga kekayaan yang diperolehi oleh kita baik dari sumber internet atau sebagainya memerlukan penjelasan yang konkrit dalam isu tersebut, buat apa menimbun harta yang banyak jika kesudahannya harta tersebut akan mengheret kita ke neraka.
Apa pun kenyataannya kehidupan kita semua tidak lari dari memikirkan hala tuju kita selepas ini yang mana bukan hanya setakat dunia sahaja tetapi kita masih ada satu lagi tempat yang kekal iaitu akhirat.
InsyaAllah saya akan berada di Sungai Buloh untuk mencari pengalaman berada di bandar besar, semoga impian saya akan tertunai dan akan digolongkan dalam mereka yang akan membawa sinar kejayaan kepada kita semua.
Random Posts
3 Comments on this post
Trackbacks
-
ABEMANG said:
Bagus tujuan anda tu…di KL ni..orang buat maksiat ramai..alim ulama pun ramai. Dikampung kadang-kadang nak ‘buat’ tok imam..payahnya nak dapat. Maklumlah yang tinggal kat kampung tu pemuda2 yang kurang baik keputusan periksa, yang bagus2 keluar merantau. Jadi time nak cari tok bilal, tok imam…susah sikit..kalau nasib baik, ada la seorang dua yang pergi ngaji pondok.
July 27th, 2008 at 7:50 am -
Haris said:
Terima kasih kepada abemang bagi semangat. InsyaAllah matlamat akan diteruskan!
July 30th, 2008 at 6:03 am -
tamupulaumelaka said:
salam dan tahniah anda telah memilih tapak baru yg penuh dugaan dalam mengharungi kehidupan. kl memang lebih mencabar. cabaran di kl akan lebih mematangkan tambah lagi jika kita istiqamah dengan nawaitu dan hasrat mencari kebenaran.
dalam rangka menambah ilmu, kl akan memberi peluang baik asal saja cukup bekalan dan keteguhan diri.
syabas, moga anda lebih berjaya mencapai dunia dan akhirat.
August 18th, 2008 at 3:22 am
