Muzakarah dalam semua hal

6:20 am Isu Semasa

Tidak dapat tidak muzakarah perlu untuk menyelesaikan satu-satu masalah, baik bagi persahabatan dua orang sahabat atau penghuni rumah tangga atau dalam masyarakat sekali pun amat memerlukan muzakarah dalam menjamin hidup yang lebih bersistem dan terbaik.

Perkara yang menjadi matlamat utama muzakarah adalah mencapai kesepakatan antara kedua pihak atau lebih supaya tidak timbul perkara yang tidak boleh diselesaikan dengan baik, apa guna kita bermuzakarah jika ada pihak yang ingin mengambil kesempatan dalam muzakarah tersebut.

Lebih-lebih lagi jika muzakarah yang ingin diadakan untuk menyelamatkan kedudukan mereka yang sudah pun menanti pecah hancur dan berkecai, mana boleh kita bersekongkol dengan mereka walaupun digembar gembur ada banyak kebaikan jika bermuzakarah.

Kedudukan kita yang sudah pun mendapat tempat dihati masyarakt dilihat sebagai batu loncatan untuk mereka menumpang kepopulariti kita. Masyarakat sudah pun mengetahui hakikat sebenar kehendak mereka tersebut yang pasti tidak akan diikut oleh pimpinan kita.

Lebih baiknya kita semua menumpu perhatian kepada konspirasi-konspirasi jahat yang telah ditayangkan kepada kita, komplot yang tidak akan berakhir dengan gembira ini pasti akan mencatatkan satu lagi sejarah kebangkitan rakyat keseluruhannya.

Random Posts

Leave a Comment

Your comment

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.