Permatang Pauh : Yakin dengan pertolongan tentera Allah

DSAI telah mengumumkan akan bertanding di parlimen Permatang Pauh tempat beliau banyak menabur jasa sebelum ini.

Dengan perasaan yang tenang dan ceria walaupun dihimpit dengan tekanan yang hebat tetapi semangat beliau untuk terus memartabatkan keadilan terus menular ke seluruhnya.

Permatang Pauh dianggap sebagai kerusi yang selamat berdasarkan kepada keputusan pilihanraya umum lalu, Wan Azizah menang besar dengan majroti 13,388.

Beliau mendapatkan 30,338 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dari Umno, Datuk Pirdaus Ismail yang memperolehi 16,950 undi.

Wan Azizah mewakili kerusi Permatang Pauh selama tiga penggal. Dalam pilihanraya 2004, beliau menang tipis dengan majoriti 590 undi, juga menewaskan Pirdaus.

Tentu sekali di pihak lain sudah pun mnengaturkan rancangan-rancangan jahat untuk menidakkan laluan Anwar ke Putrajaya.

Tetapi perlu diingat oleh semua walau apa pun strategi dan perancangan jahat yang diatur jangan lupa bahawa Allah berkuasa memberi kemenangan kepada orang yang inginkan keadilan.

Mungkin boleh disamakan dengan peperangan Badar yang mana walaupun menghadapi pengampu kerajaan yang beribu dibanding ratusan orang yang beriman, Allah telah memberikan pengajaran kepada kita golongan yang sedikit dengan kemampuan yang terbatas tetapi tetap juga diangkat oleh Allah dengan kejayaan yang gemilang.

“Sungguh Allah telah menolong kamu dalam peperangan Badar, padahal kamu adalah orang-orang yang lemah. Kerana itu bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mensyukuri nikmatNya. ” Al-Qur’an, Al-’Imran:(123)

(INGATLAH), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu lalu diperkenankan-Nya bagimu: Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut. (al-Anfaal: 9)

Allah telah mewahyukan perintah-Nya kepada golongan malaikat dan Allah mewahyukan pula kepada Rasul-Nya di bumi. Kemudian turunlah bala tentera malaikat yang dipimpin oleh Jibrail. Ketibaan para malaikat menyertai tentera Islam adalah secara berperingkat-peringkat, bukan sekali gus.

Kemenangan ini memerlukan keyakinan yang jitu dan padu kepada Allah, serta diikuti dengan ketakwaan kita kepada Allah.

Keimanan mantap Muslim adalah pemangkin ke arah mencipta kecemerlangan dan kejayaan dalam pelbagai lapangan hidup. Begitu juga dengan bantuan Ilahi akan tetap bersama-sama dengan Muslim yang beriman dan bertakwa kepada-Nya pada setiap masa. Strategi peperangan dirancang rapi oleh tentera Muslimin apabila Baginda sanggup mengetepikan pandangannya sendiri dan sedia menerima pendapat Habbab bin Munzir yang lebih baik. Beliau mencadangkan usul agar memilih tempat yang hampir dengan takungan air kerana air penting dalam persiapan tentera Islam dalam peperangan nanti.

Ini bermakna setiap Muslim tidak digalakkan hanya mengharapkan bantuan Allah semata-mata tanpa sebarang usaha terlebih dulu. Ini adalah tawakal dalam Islam yang mensyaratkan daya usaha dan ikhtiar bersungguh-sungguh dalam menjayakan satu matlamat dan akhirnya baru berserah kepada Allah.

Satu pengajaran paling penting ialah kebenaran dan hak akan tetap tertegak, manakala kebatilan dan kepalsuan akan tersungkur.

Allah menegaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Supaya Allah menegakkan yang benar itu dan menghapuskan yang salah (kufur dan syirik) sekalipun golongan (kafir Musyrik) yang berdosa itu tidak menyukainya.” – (Surah al-Anfal, ayat 8 )

Related Posts with Thumbnails

Random Posts

Comments

No Comments

Leave a reply

Name *

Mail *

Website