Aug 16 2008

Bodohnya mengaibkan diri sendiri!

Apa nak jadi ler…sanggup pula mengaibkan diri sendiri…huhu, depan wartawan pula tu…nak glamer ke tu?

Tindakan Saiful yang bersumpah depan Imam Masjid Wilayah Persekutuan menjatuhkan lagi aib dirinya selepas mengaku diliwat dan sekarang bersumpah dengan sewenang-wenang pula, sedangkan dalam Islam sumpah yang dia buat tu khusus untuk mereka yang bergelar suami isteri.

Jika salah seorang menuduh salah seorang melakukan zina dia kedua-dua kena bersumpah bahawa dia tidak lakukan sebanyak empatt kali sumpah dan yang kelima dia sanggup terima laknat Allah jika menipu atau berbohong atau kerana duit!

Semalam ada juga tertengok berita TV, adus meluat betul tengok dia baca skrip yang direka. Bangga betul dengan apa yang diucap depan wartawan tanpa rasa apa-apa akibatnya.

Di akhir skrip ada menyebut dia sanggup menerima laknat Allah jika perkara tersebut tidak benar. Hai berani betul dia mencabar kuasa Allah, dia ingat dia dapat hidup senang lepas ni. Kita sama-sama lah tengok apa yang akan terjadi kepada dia.

Tapi kenapa saat ini dia bersungguh-sungguh untuk mengaibkan diri yang sebenarnya dalam Islam nak mengaibkan orang lain tidak boleh apatah lagi diri sendiri, di saat penamaan calon untuk Permatang  Pauh dan menunggu tarikh pengundian begitu laju dia menonjolkan diri.

Apa pun politik Malaysia sudah bertambah kotor dengan perbuatan Saiful ini, rakyat bukan bodoh untuk menilai apa yang dia buat yang pasti Allah tidak akan membiarkan rancangan jahat musuhnya dengan begitu saja. Pasti akan ditolong mereka yang menolong agamaNYA.

Related Posts with Thumbnails

Random Posts

TAGS:

3 Comments on this post

Trackbacks

  1. tamupulaumelaka said:

    masalahnya ya kenapa saat2 penamaan calon PRKecil Permatang pauh dia muncul bersumpah. sumpah pula berskrip dan tidak betul benar cara islam yg sempurna.

    keberanian cara tetiba ini ramai yg syak ada sesuatu sebab politik, walaupun ada sejuta penafian tidak melibatkan iklim politik semasa.

    main kotor cara begini memang biasa diamalkan oleh gol tertentu . matalamat menghalalkan cara.maka mereka akan hentam ikut selera mereka dengan apa jua teknaik/taktik.

    kita tunggu kebenaran pasti menjelma

    August 17th, 2008 at 4:23 am
  2. tamupulaumelaka said:

    kalau tindak kerana sampah
    takkan muatan berlori2
    kalau tidak kerana upah
    takkan sayfool memuncul diri

    tak lalu kakak kubur si majid
    sampah tersumbat di jalan selari
    tak malu menyelak dubur di masjid
    sumpah laknat akan makan diri

    sehari selembar daun jadi sepuluh
    bertaburan basah dipijak si itik
    sehari nama calon permatang pauh
    muncul tetiba bukan sebab politik?

    pelik tak pelik apa kejadian
    sayfool sendiri sengaja memilih
    aib tak aib apa pedulikan
    islam hadhari, malaysia boleh

    August 18th, 2008 at 3:45 am
  3. Haris said:

    kita nantikan apa kesudahan yang akan berlaku..dengan tidak mengikut cara Islam yang sebetul-betul dan sudah mendapat komen dari Ulama’pasal meniru Kristian dengan memegang kitab suci semasa bersumpah…

    August 19th, 2008 at 8:51 am

LEAVE A COMMENT

Subscribe Form

Subscribe to Blog

Spam Protection by WP-SpamFree